Utusan Borneo (Sarawak)

Duta EU puji langkah Sarawak ke arah ekonomi hijau

-

KUCHING: Duta Besar Kesatuan Eropah (EU) ke Malaysia Michalis Rokas memuji langkah Sarawak ke arah ekonomi hijau, berikutan aspirasi tersebut hampir menyamai peralihan hijau yang berlaku di negara-negara EU.

Beliau berkata susulan itu, EU boleh datang dengan projek dan mempunyai idea yang boleh membawa jawapan kepada aspirasi Sarawak.

“Sebenarnya ini yang akan kami terokai. Saya cukup yakin bahawa jenis ketersambu­ngan ini, peralihan hijau, pendigital­an dan semua infrastruk­tur yang perlu disertakan bersamanya, boleh disatukan dalam projek holistik dan kemudian kami perlu menggerakk­an pelaburan perniagaan EU.

“(Terdapat) gabungan geran dan pinjaman yang datang dari EU dan ia membantu ke arah matlamat kemampanan.

“Tetapi sudah pastinya hidrogen, bahan api penerbanga­n mampan (SAF), pendigital­an dan ketersambu­ngan akan menjadi bidang utama. Menerusiny­a, anda boleh memberi tumpuan dan mencipta peluang dan faedah bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas forum Kesatuan Eropah (EU)-Malaysia Business Day 2024 bertemakan ‘Sarawak in Focus’ di Auditorium Muzium Budaya Borneo di sini, semalam.

Lebih 100 delegasi terdiri daripada diplomat dari negara-negara EU dan wakil syarikat EU menghadiri majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Rokas berkata acara Hari Perniagaan yang diadakan buat julung kalinya, adalah untuk mencari peluang kerjasama dalam bidang yang mewujudkan masa depan mampan untuk semua orang.

Beliau mendedahka­n bahawa ada yang melakukan perjalanan bersama, sekali dengan ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat masing-masing untuk mengadakan pertukaran dengan rakan sejawatan mereka di Sarawak.

“Perkara yang kami harapkan ialah apabila acara itu selesai (masing-masing) dapat mengenal pasti tiga hingga empat atau lima kawasan dan seterusnya memberi keutamaan,” katanya.

Beliau juga mendedahka­n, mereka mendapat penghormat­an untuk diterima oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Jumaat dan akan membuat susulan mengenai perkara yang telah dibincangk­an pada majlis itu.

“Kami akan membawa perbincang­an ini kembali ke ibu negara masing-masing dan ibu pejabat EU. Adalah diharapkan anda akan melihat kami sering datang ke Sarawak,” katanya.

Sementara itu, Awang Tengah yang turut berada pada sidang media itu berkata Sarawak amat berbesar hati untuk menjadi tuan rumah forum EU- Malaysia Business Day yang pertama.

“Ini akan mengukuhka­n kerjasama kami dalam pelaburan perniagaan dan semua sektor,” katanya.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan itu berkata terdapat banyak peluang untuk mereka bekerjasam­a dalam sektor yang selaras dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) Sarawak 2030.

 ?? ?? REAKSI: Rokas (kiri) bercakap pada sidang media di Kuching semalam. Turut kelihatan di sebelah kanan, Awang Tengah.
REAKSI: Rokas (kiri) bercakap pada sidang media di Kuching semalam. Turut kelihatan di sebelah kanan, Awang Tengah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia