Utusan Borneo (Sarawak)

Kajian dalam akta berkaitan penjualan peranti kesihatan, perubatan mungkin diteliti semula

-

KUCHING: Kerajaan berkemungk­inan meneliti semula kajian dalam akta berkaitan penjualan peranti kesihatan atau perubatan yang dikendalik­an menerusi platform perniagaan dalam talian.

Timbalan Menteri Kesihatan Dato Lukanisman Awang Sauni berkata, tidak dinafikan bahawa isu penjualan peranti perubatan atau kesihatan di platform dalam talian merupakan satu isu besar.

“Adalah tidak adil jika kita bahagian kawal selia iaitu menerusi MDA (Pihak Berkuasa Peranti Perubatan) mengenakan tindakan kepada penjual sahaja.

“Sebaliknya ia juga harus merangkumi platform seperti Tiktok atau Shoppee atau Lazada dan sebagainya.

“Mereka ini harus bertanggun­gjawab di mana ada yang mencadangk­an agar perniagaan platform ini mempunyai satu mekanisme, menarik segala hantaran tentang peranti perubatan yang tidak diluluskan MDA dari jualan dalam online mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Sesi Libat Urus bersama Pemain Industri Peranti Perubatan di Sarawak 2024 yang disokong Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini, semalam.

Lukanisman­berkata,bagaimanap­un untuk meneliti cadangan berkenaan ia melibatkan sedikit pelarasan dalam akta sedia ada.

Katanya ia perlu melibatkan Ahli Parlimen di mana isu atau cadangan berkenaan harus dibangkit atau disuarakan ke Parlimen supaya ia dapat dipinda.

“Untuk peranan kita, kita akan membuat kajian pandangan tersebut kerana perkara ini telah ditanya berkali-kali semasa sesi libat urus kita,” katanya.

Beliau menjelaska­n dalam perkara berkaitan MDA memainkan peranan kerana merupakan agensi kawal selia peranti perubatan, industri peranti perubatan dan aktivitiny­a.

Katanya ia menguatkua­sakan undang-undang peranti perubatan Akta Peranti Perubatan 2012 (Akta 737) dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

“Kita akan mengawal selia industri ini demi kebaikan keselamata­n dan kesihatan awam menerusi peranti perubatan atau kesihatan,” tegasnya.

Mengenai sesi libat urus yang diadakan Lukanisman berkata, ia merupakan satu perkongsia­n penting dalam usaha MDA membantu industri peranti perubatan di Sarawak.

Katanya, pada sesi libat urus itu turut ditekankan adalah peranan MDA dalam membantu industri peranti perubatan secara keseluruha­n terutama di Sarawak.

“Selain itu MDA juga berperanan dalam menandatan­gani perjanjian bersama negara-negara ASEAN bagi memudahan proses kawal selia sesebuah negara.

“Kita juga bertindak sebagai penasihat kepada pemain industri untuk mengangkat produk yang mereka promosikan dalam industri,” katanya.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? BERSAMA INDUSTRI: Lukanisman (duduk, tengah) bersama Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh (duduk, dua kanan) serta tetamu jemputan lain merakam kenang dan bersama wakil pemain industri peranti perubatan di Sarawak.
— Gambar Chimon Upon BERSAMA INDUSTRI: Lukanisman (duduk, tengah) bersama Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcom Mussen Lamoh (duduk, dua kanan) serta tetamu jemputan lain merakam kenang dan bersama wakil pemain industri peranti perubatan di Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia