Utusan Borneo (Sarawak)

Ombak besar dipercayai punca tunggul laut runtuh

Kejadian itu dilaporkan oleh pemandu pelancong Taman Negara Bako, Paul Matthew pada jam 4 petang kelmarin

-

“Kemungkina­n, runtuhnya tunggul laut ini disebabkan fenomena ombak besar yang berlaku di perairan Bako sejak beberapa hari ” yang lepas.

KUCHING: Struktur batu ikonik di Taman Negara Bako iaitu tunggul laut menyerupai kepala ular yang runtuh pada Selasa kemungkina­n disebabkan fenomena ombak besar, kata Sarawak Forestry Corporatio­n (SFC).

SFC menerusi catatan Facebook semalam berkata, kejadian itu dilaporkan oleh pemandu pelancong di taman itu, Paul Matthew pada jam 4 petang kelmarin.

“Kemungkina­n, runtuhnya tunggul laut ini disebabkan fenomena ombak besar yang berlaku di perairan Bako sejak beberapa hari yang lepas.

“Tunggul laut ini merupakan salah satu khazanah geologi negara yang terbentuk dari kesan hakisan batuan pasir selama berjutajut­a tahun,” menurut SFC.

Katanya, formasinya yang unik dan indah telah memukaudan­mempesonak­an pandangan pengunjung yang datang melihatnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif SFC Abang Arabi Abang Aimran menyatakan rasa terkejut dan sedih setelah mendengar berita tersebut.

Beliau menegaskan bahawa tunggul laut itu bukan sahaja menarik daripada aspek keindahan semula jadi tetapi juga memberi sumbangan yang besar kepada industri pelanconga­n tempatan, terutama pengusaha bot di Taman Negara Bako.

Beliau juga menjelaska­n bahawa ramai pengujung

SFC

telah melihat keindahan alam ini.

“Kita seharusnya sentiasa mengagumin­ya dan tidak mengambil mudah anugerah yang telah dikurniaka­n ini.

“Anugerah alam ini kadangkada­ng boleh dipulihkan dan kadang-kadang tidak dapat digantikan,” ujarnya.

Satu set lengkungan laut dan tunggul laut ikonik yang serupa di Victoria, Australia, yang dipanggil 12 Rasul juga mengalami proses runtuhan yang sama.

Buat masa ini, daripada 12 tiang atau lengkungan asal, hanya lapan yang masih wujud.

 ?? — Gambar Facebook SFC ?? TINGGAL KENANGAN: Formasi batu yang ikonik dan terkenal di Taman Negara Bako yang menjadi tarikan pelancong sebelum ini.
— Gambar Facebook SFC TINGGAL KENANGAN: Formasi batu yang ikonik dan terkenal di Taman Negara Bako yang menjadi tarikan pelancong sebelum ini.
 ?? — Gambar Facebook SFC ?? TIADA LAGI: Tunggul batu ikonik di Bako yang runtuh kelmarin kemungkina­n disebabkan fenomena ombak.
— Gambar Facebook SFC TIADA LAGI: Tunggul batu ikonik di Bako yang runtuh kelmarin kemungkina­n disebabkan fenomena ombak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia