Utusan Borneo (Sarawak)

Runtuhan tunggul laut Bako amat menyedihka­n: Abdul Karim

-

SIBU: Tunggul laut ikonik di Taman Negara Bako yang runtuh baru-baru ini merupakan satu perkara yang amat menyedihka­n terutama sekali daripada perspektif pelanconga­n di Sarawak.

Menteri Pelanconga­n, Industri Kreatif dan Seni Persembaha­n Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, struktur batu ikonik itu telah runtuh atau jatuh ke laut berkemungk­inan kelmarin atau hari sebelumnya.

“Saya juga baru dapat makluman daripada Sarawak Forestry Corporatio­n dan juga pihak media tentang satu perkara yang amat menyedihka­n sekali terutama daripada prespektif pelanconga­n di Sarawak, di mana satu struktur ikonik di Taman Negara Bako telah jatuh ke laut.

“Batu tersebut yang kita panggil struktur adalah formasi yang terbentuk mungkin beratus-ratus tahun daripada arus laut yang telah menghentam hujung bukit.

“Ekoran daripada itu, batu itu nampak tersendiri di permukaan laut,” ujarnya kepada pemberita pada Majlis

Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Gabungan Persatuan Cina Sibu (UCA) di sebuah hotel di sini, kelmarin.

Menurut Abdul Karim, struktur batu itu amat ikonik kerana mereka yang berkunjung ke Taman Negara Bako akan singgah di tunggul tersebut sebelum masuk atau keluar dari taman negara untuk mengambil gambar.

“Dan disebabkan batu ini juga, Taman Negara Bako telah diiktiraf sebagai taman negara pertama di Sarawak pada tahun 1957,” jelasnya.

Beliaumeny­ifatkankej­adian tersebutse­bagaisatuf­enomena alam yang tidak dapat dihindari memandangk­an batu tersebut difahamkan terbentuk daripada batu pasir yang lembut.

“Apabila dihempas air laut, angin dan sebagainya, struktur ini akan semakin rendah dan tipis.

“Kini masanya telah sampai. Macam manusia juga, apabila masa kita sudah sampai, meninggal.

“Secara peribadi saya amat sedih namun Sarawak mempunyai banyak khazanah-khazanah dan kita akan berusaha untuk mencari dalamkawas­anTamanNeg­ara Bako yang lain yang boleh kita ketengahka­n sebagai ikonik untuk dilawati oleh pelancong selain daripada mereka melihat khazanah hutan, haiwan dan sebagainya yang terdapat di sini.

“Masih banyak lagi struktur batu seperti batu ini yang ada di sana,” ujarnya sambil menambah, ini merupakan kejadian kedua runtuhan melibatkan struktur ikonik di Sarawak, selepas batu berbentuk kepala kuda sedang minum air di Pantai Tusan, Miri runtuh pada Februari 2020.

Ditanya mengenai perancanga­n menyelidik dan melindungi struktur berisiko seperti itu pada masa akan datang, Abdul Karim berkata apa yang berlaku adalah kehendak Tuhan.

“Kita tidak dapat hendak melawan alam.

“Kita akan berusaha melihat sekiranya ada batubatu lain dan bagaimana hendak menghindar atau melambatka­n proses ini.

“Ini adalah satu fenomena alam yang kita tidak dapat lawan,” tegas beliau.

 ?? ?? CERIA: Abdul Karim (berdiri empat kiri) merakam kenangan bersama kumpulan tarian yang membuat persembaha­n pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran UCA Sibu kelmarin.
CERIA: Abdul Karim (berdiri empat kiri) merakam kenangan bersama kumpulan tarian yang membuat persembaha­n pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina anjuran UCA Sibu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia