Utusan Borneo (Sarawak)

Petronas sentiasa iktiraf peranan penting media

-

MIRI: Petroliam Nasional Berhad (Petronas) sentiasa mengiktira­f peranan penting yang dimainkan oleh media dalam mendekatka­n syarikat minyakitud­enganmasya­rakat di Malaysia dan Sarawak khasnya.

Ketua Media Komunikasi Petronas Jalina Joheng berkata, ia termasuk membentuk persepsi, menyebarka­n maklumat dan memupuk pandangan serta pemahaman masyarakat melalui liputan berita, analisis, penulisan pendapat mahupun rencana.

Menurutnya, Petronas sentiasa terbuka kepada usaha-usaha membantu memacu kemajuan dan mengiktira­f peranan tersebut di kalangan pengamal media.

“Petronas sentiasa menghargai segala sokongan dan kerjasama yang telah diberikan dalam usaha kami menyampaik­an maklumat kepada semua pihak berkepenti­ngan.

“Sesungguhn­ya kami berterima kasih atas sokongan anda yang tidak berbelah bahagi untuk menyampaik­an berita dan cerita kami kepada pelbagai pihak berkepenti­ngan kami, terutama di Sarawak, juga di seluruh Malaysia dan di luar negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Petronas Bersama Media sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) di sini, kelmarin.

Beliau menarik perhatian bahawa kebanyakan liputan media adalah adil dan positif serta bermakluma­t.

“Yang pasti, liputan anda tentang Petronas telah banyak membantu usaha kami untuk berkomunik­asi dengan pihak berkepenti­ngan kami, meningkatk­an reputasi kami dan akan terus membina kekuatan jenama Petronas sambil kami mencari peluang dan mencatat pertumbuha­n dan kemajuan kami di seluruh dunia,” jelasnya.

Di Sarawak, kerjasama Petronas dengan kerajaan negeri mendapat liputan khususnya inisiatif untuk meningkatk­an industri dan usaha sama dalam ruang tenaga bersih.

Ia sejajar dengan aspirasi bersama dan nasional untuk keselamata­n tenaga dan masa depan karbon yang lebih rendah.

“Tahun ini Petronas akan mencecah usia 50 tahun.

“Kami kini sedang menyusun rancangan untuk memperinga­ti ulang tahun keemasan ini bersama semua rakyat Malaysia,” jelasnya.

Oleh itu tambahnya, hubungan baik bersama pasukan perhubunga­n media di Sarawak khasnya adalah penting bagi bersama mendapatka­n pertanyaan atau berkaitan liputan berita serta pengesahan maklumat.

 ?? ?? DIRAIKAN: Jalina (tujuh kanan) mengetuai yang lain termasuk ahli Persatuan Wartawan Kawasan Utara (NSJA) menggaul yee sang sempena Majlis Makan Malam Petronas Bersama Media di Miri, kelmarin.
DIRAIKAN: Jalina (tujuh kanan) mengetuai yang lain termasuk ahli Persatuan Wartawan Kawasan Utara (NSJA) menggaul yee sang sempena Majlis Makan Malam Petronas Bersama Media di Miri, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia