Utusan Borneo (Sarawak)

Fasa pertama projek bina rumah urus mayat St Luke kini bermula

JKKK jambatan hubungkan rakyat dengan kerajaan: Mong

-

SRI AMAN: Fasa pertama projek pembinaan rumah urus mayat Gereja St Luke, di sini telah bermula di bawah Projek Tranformas­i Luar bandar (RTP) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simanggang.

Menurut Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis, fasa pertama projek adalah membersih, menembok tapak dan bina baharu parit konkrit dengan kos RM150,000.

“Projek tersebut apabila siap sepenuhnya akan memberi kemudahan kepada penganut Kristian sebagai tempat menguruska­n jasad sebelum dikuburkan.

“Status projek fasa pertama ini adalah pada peringkat menembok dan meratakan tapak,” katanya dalam catatan di Facebook.

Harden telah mengadakan lawatan ke tapak pembinaan parit konkrit di bawah Projek RTP itu bersama agensi pelaksana iaitu Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman dan pemilik projek Gereja St Luke, Sri Aman, semalam.

Turut hadir pada sesi lawatan tapak ialah Jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran Bahagian Sri Aman Mazolizam Mohamad, Pemangku Vicar Gereja Saint Luke, Sri Aman Father Afron Gori serta yang lain.

SRI AMAN: Ahli-ahli Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) diseru bertindak sebagai ejen perubahan dan penyampai maklumat kepada kerajaan tentang isu kebajikan dan permasalah­an rakyat di kawasan masing-masing.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang berkata, setiap ahli JKKK umpama jambatan yang menghubung­kan rakyat dengan kerajaan.

“Setiap JKKK perlu mengutarak­an masalah rakyat.

“Sekiranya JKKK tidak memberi kerjasama erat dengan kerajaan maka sukar untuk kerajaan menyalurka­n projek pembanguna­n ke sebuah kawasan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat di Rumah Suting, Punggu Dadak, dekat sini baru-baru ini.

Mong berkata, penubuhan JKKK adalah satu strategi untuk mewujudkan masyarakat berdikari dan proakif dalam aktiviti pembanguna­n.

“Organisasi JKKK memainkan peranan penting sebagai sebuah ‘jentera’ pentadbir yang paling asas,” jelas Mong.

Oleh itu katanya, amat mustahak bagi setiap JKKK diberi latihan serta kemahiran dalam segala aspek penubuhan, pentadbira­n, pengurusan dan pembanguna­n ke arah pembentuka­n JKKK yang berwawasan, berdikari, produktif dan sentiasa maju.

Hadir sama pada majlis berkenaan, Pegawai Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) DUN Bukit Begunan Jesi Bintoh, Penghulu Riji Gu, Penghulu Menjang Niah serta yang lain.

Pada majlis berkenaan, Jabatan Pertanian Sri Aman dan Sarawak Energy Berhad turut menyampaik­an ceramah tentang peranan agensi masing masing.

 ?? ?? GERAN KERAJAAN: Mong (lima kanan) menyampaik­an geran kepada salah seorang ketua masyarakat sambil diperhatik­an Riji (dua kiri), Jesi (dua kanan) serta yang lain.
GERAN KERAJAAN: Mong (lima kanan) menyampaik­an geran kepada salah seorang ketua masyarakat sambil diperhatik­an Riji (dua kiri), Jesi (dua kanan) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia