Utusan Borneo (Sarawak)

150 kanak-kanak sertai program khatan beramai-ramai di Sri Aman

-

SRI AMAN: Seramai 150 kanak-kanak menyertai program khatan beramairam­ai Sunathon Peringkat Bahagian Sri Aman di pekarangan Masjid Bandar Sri Aman di sini pada Sabtu lepas.

Program anjuran Pejabat Daerah Sri Aman, Pejabat Daerah Lingga dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, Hospital Sri Aman dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sri Aman itu turut melibatkan penyertaan beberapa peserta bukan Islam.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, program tersebut bertujuan menghidupk­an semula budaya berkhatan secara beramai-ramai, selain membantu meringanka­n beban ibu bapa.

Katanya, ia juga mampu menjadi platform untuk memupuk semangat perpaduan dan jalinan silaturahi­m dalam kalangan masyarakat.

Menurutnya lagi, objektif utama program adalah untuk membantu mengurangk­an bebankosbe­rkhatansek­aligus merapatkan hubungan antara kerajaan dengan masyarakat kampung tradisi.

“Dahulu, upacara ini hanya dijalankan di peringkat isi rumah atau keluarga sahaja tetapi kini sudah menjadi program komuniti yang diadakan secara beramairam­ai,” ujarnya ketika berucap merasmikan program.

Katanya lagi, selain memupuk perpaduan, program itu juga membolehka­n agensi kerajaan dan wakil rakyat setempat menyediaka­n satu plaftorm supaya komuniti boleh berkumpul serta menjalanka­n aktiviti secara bersama-sama.

Selain itu, beliau turut mengingatk­an bahawa amalan berkhatan adalah untuk tujuan kebersihan dan kesihatan.

Sehubungan itu katanya, amalan berkhatan kini tidak menghalang masyarakat beragama lain daripada turut sama mengamalka­nnya walaupun ia sinonim dengan umat Islam.

Justeru katanya, beliau berharap program sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjemput lebih ramai peserta.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Batang Lupar Mohamad Shafizan Kepli turut menyifatka­n program tersebut sebagai platform terbaik untuk merapatkan hubungan pelbagai pihak tanpa mengira kaum dan agama.

Katanya, program itu bukan sahaja dapat mengeratka­n hubungan kekeluarga­an antara orang tua bersama anak mereka tetapi juga dapat mengeratka­n lagi hubungan silaturahi­m para ibu bapa malah turut melibatkan masyarakat kampung yang hadir untuk melihat sendiri acara tradisi ini.

“Kehadiran masyarakat berbilang kaum dan agama yang berkumpul di kawasan masjid menunjukka­n perpaduan harmoni di kawasan ini tanpa ada sebarang isu yang timbul, selain dapat menangkis stigma masyarakat yang beranggapa­n masjid untuk program keagamaan semata-mata,” jelasnya.

 ?? ?? SIMBOLIK PERASMIAN: Mohamad Shafizan dan Dayang Noorazah bersama-sama menyirami peserta program yang menyertai Program Sunathon di Sri Aman, Sabtu lalu.
SIMBOLIK PERASMIAN: Mohamad Shafizan dan Dayang Noorazah bersama-sama menyirami peserta program yang menyertai Program Sunathon di Sri Aman, Sabtu lalu.
 ?? ?? FASA PERTAMA: Harden (empat kiri) menerima pelan pelaksanaa­n projek berkenaan daripada pihak pemaju sambil diperhatik­an Afron (tiga kiri) serta yang lain.
FASA PERTAMA: Harden (empat kiri) menerima pelan pelaksanaa­n projek berkenaan daripada pihak pemaju sambil diperhatik­an Afron (tiga kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia