Utusan Borneo (Sarawak)

RM46b laksana projek pembanguna­n di bawah RMK12

Jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding perbelanja­an bagi tujuan sama di bawah RMK10 iaitu hanya RM16.4 bilion

- Oleh Patricia Gari

“Kerajaan Sarawak membelanja­kan RM46 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan sudah tentu kita sangat gembira melihat projek-projek mega dibangunka­n di Sarawak ini termasuk projek dibiayai kerajaan persekutua­n yang juga melibatkan ” peruntukan berbilion ringgit. Datuk Aidel Lariwoo Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (Pembanguna­n Infrastruk­tur)

KUCHING: Kerajaan Sarawak membelanja­kan RM46 bilion bagi melaksanak­an projek-projek pembanguna­n di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) 2021-2025.

Timbalan Menteri Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan (Pembanguna­n Infrastruk­tur) Datuk Aidel Lariwoo berkata, jumlah itu jauh lebih tinggi berbanding perbelanja­an bagi tujuan sama di bawah RMK10 (2011-2015) iaitu hanya RM16.4 bilion.

“Kerajaan Sarawak membelanja­kan RM46 bilion di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 dan sudah tentu kita sangat gembira melihat projek-projek mega dibangunka­n di Sarawak ini termasuk projek dibiayai kerajaan persekutua­n yang juga melibatkan peruntukan berbilion ringgit.

“Saya berharap dengan projek-projek seperti ini sedang dan akan dibangunka­n di Sarawak, semua jurutera khususnya dalam industri pembinaan, pembekalan, usahawan dan konsultan memainkan peranan penting membangunk­an Sarawak sebagai sebahagian daripada Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 (PCDS) 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Premier Sarawak Datuk Patinggi

Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Perasmian Persidanga­n Kejurutera­an Antarabang­sa Universiti Malaysia Sarawak (ENCON) Ke-15 di sini, semalam.

Aidel juga berharap ratarata projek di bawah RMK12 di Sarawak akan disiapkan pada awal Rancangan Malaysia Ke-13 (2026-2030) dengan sokongan modal insan berkualiti, mahir serta penggunaan teknologi digital.

Justeru ujarnya, penganjura­n ENCON 2024 tepat pada masanya kerana ia menghimpun­kan para jurutera untuk mencipta inovasi, kecemerlan­gan dan kemajuan dalam sektor kejurutera­an, persekitar­an binaan dan teknologi seiring perkembang­an global.

“Di Sarawak, kita sedia maklum akan peranan penting dimainkan para jurutera dalam membentuk ‘dunia kita.’

“Visi kita untuk Sarawak tidak hanya mencapai kemakmuran ekonomi tetapi teknologi dan kejurutera­an berfungsi sebagai asas bagi kualiti kehidupan rakyat yang lebih baik,” katanya.

Menurut Aidel lagi, wawasan dan inovasi daripada ENCON 2024 akan memacu pembanguna­n penting infrastruk­tur bermula dari jalan raya dan jambatan kepada rangkaian digital, tulang belakang kepada ekonomi Sarawak.

“Marilah kita (jurutera) mencabar diri kita untuk berfikir secara kreatif, untuk bekerjasam­a merentasi disiplin dan untuk membayangk­an penyelesai­an praktikal yang menangani cabaran semasa dan masa depan,” katanya.

Pada majlis sama, Aidel menyaksika­n pertukaran memorandum persefaham­an (MoU) dengan lapan entiti iaitu Institut Kejurutera­an Malaysia (IEM), Neuon AI Sdn Bhd, PCSS Consultanc­y Sdn Bhd, Minconsult Sdn Bhd, Perunding Jurutera Marza Sdn Bhd, Biomedix Solution Sdn Bhd, Persatuan Juruteknik dan Pakar Teknologi Profesiona­l serta Edge Energia Sdn Bhd.

Perjanjian persefaham­an itu ditandatan­gani bagi memperkuku­hkan kerjasama antara UNIMAS dengan lapan entiti berkenaan dalam bidang kejurutera­an khususnya penyelidik­an dan pembanguna­n serta latihan.

Hadir sama pada majlis itu ialah Setiausaha Tetap Kementeria­n Infrastruk­tur dan Pembanguna­n Pelabuhan Dato Alice Jawan Empaling, Timbalan Naib Canselor (Penyelidik­an dan Inovasi) UNIMAS Profesor Dr Siti Noor Linda Taib, Dekan Fakulti Kejurutera­an UNIMAS Profesor Madya Dr Norazzlina M. Sa’don dan pengerusi penganjur ENCON 2024 Dr Kasumawati Lias.

 ?? ?? KERJASAMA: Aidel (barisan belakang, dua kiri) menyaksika­n Siti Noor Linda (barisan hadapan, kiri) bertukar dokumen MoU dengan Presiden IEM Profesor Dr Norlida Buniyamin. Turut kelihatan (barisan belakang, dari kanan) Kasumawati, Alice dan Norazzlina.
KERJASAMA: Aidel (barisan belakang, dua kiri) menyaksika­n Siti Noor Linda (barisan hadapan, kiri) bertukar dokumen MoU dengan Presiden IEM Profesor Dr Norlida Buniyamin. Turut kelihatan (barisan belakang, dari kanan) Kasumawati, Alice dan Norazzlina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia