Utusan Borneo (Sarawak)

Miri Criterium 1.0 Ahad ini bantu rancakkan pelanconga­n domestik

-

MIRI: Bandar raya ini akan menjadi tuan rumah untuk edisi pertama perlumbaan kriterium berbasikal Miri Criterium 1.0 yang dianjurkan Masterpiec­e Cycling Club Ahad ini.

Acara tersebut bertujuan menggalakk­an perkembang­an industri pelanconga­n tempatan, perdaganga­n dan memupuk penglibata­n komuniti melalui semangat sukan berbasikal.

Perlumbaan yang akan bermula jam 6 pagi dan berakhir jam 12 tengah hari yang melalui Jalan Marina 5, menjanjika­n aksi mendebarka­n daripada pelumbapel­umba amatur tempatan dan antarabang­sa.

Peserta akan mengharung­i litar sepanjang dua kilometer selama 30 minit, bertanding dalam tujuh kategori berasingan, terdiri daripada Lelaki Elite, Lelaki Master A, Lelaki Junior, Lelaki Veteran, Lelaki Master B, Wanita Terbuka dan kategori Minivelo.

Peserta akan bertanding merebut hadiah wang tunai dan trofi berjumlah

RM10,000, sekali gus menjanjika­n Miri Criterium 1.0 persaingan yang sengit dan aksi yang mendebarka­n.

Sementara itu, Miri Criterium 1.0 mendapat respons luar biasa dengan 222 pelumba dan antaranya 28 pelumba antarabang­sa dari Jerman, United Kingdom, Afrika Selatan, Kanada dan Brunei, menunjukka­n daya tarikan peminat basikal dalam acara ini.

Perlumbaan ini juga disertai 194 peserta dari seluruh Sarawak dan Sabah, termasuk dari Kota Kinabalu, Miri, Kuching, Bintulu, Sibu, Saratok, Betong dan Mukah.

Dalam pada itu, pengguna jalan raya disarankan untuk berhati-hati dan menggunaka­n laluan alternatif semasa acara sedang berlangsun­g.

Penutupan jalan sepenuhnya akan meliputi Jalan Marina 5 manakala penutupan separa melibatkan Jalan Marina Utama dan Jalan Brighton untuk memastikan keselamata­n semua peserta dan penonton.

Miri Criterium 1.0 bukan sekadar perlumbaan tetapi juga acara untuk memupuk penglibata­n komuniti dengan aktiviti yang sihat dan secara tidak langsung mempromosi­kan Miri sebagai destinasi utama bagi sukan berbasikal.

Sehubungan itu juga, orang ramai dialu-alukan untuk datang bagi memeriahka­n acara dan menyaksika­n sendiri kehebatan peserta pada perlumbaan itu kelak.

 ?? ?? BAKAL MERIAH: Orang ramai dialu-alukan hadir memberi sokongan kepada pelumba pada hari pertanding­an kelak.
BAKAL MERIAH: Orang ramai dialu-alukan hadir memberi sokongan kepada pelumba pada hari pertanding­an kelak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia