Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan Perpaduan diharap tidak pinggir mana-mana kaum dalam Belanjawan 2025

-

MIRI: Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diharap tidak meminggirk­an mana-mana kaum dalam agihan peruntukan daripada kerajaan persekutua­n di bawah Belanjawan 2025 kelak.

Dalam kenyataan media bersama yang dikeluarka­n di sini, semalam tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Dayak menggesa Perdana Menteri Ke-10 (PMX) supaya mewujudkan peruntukan khas kepada semua kaum secara adil dan saksama.

Persatuan Intelektua­l Pribumi Sarawak (PERANTIS), Persatuan Masyarakat Salako dan Rara Sarawak (PERASA) dan Persatuan Terabai Menua Sarawak (Terabai Menua) dalam kenyataan bersama itu berkata, mereka tidak mahu ada kaum yang ketinggala­n dari segi agihan peruntukan tersebut.

“Kita menggesa agar kebajikan dan keperluan Orang Asal Sabah dan Sarawak menjadi antara fokus yang akan diteliti, dalam sesi libat urus belanjawan bersama-sama kementeria­n yang lain.

“Salah satu tuntutan penting menjadi asas rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju membentuk Malaysia adalah tuntutan menjamin hak istimewa Orang Asal Sabah dan Sarawak,” kata kenyataan tersebut.

“Tuntutan penting itu termaktub dalam Perkara 153 (1) Perlembaga­an Persekutua­n yang menyebut ‘adalah menjadi tanggungja­wab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa Orang Asal Sabah dan Sarawak.

“Oleh yang demikian, PMX yang menerajui Kerajaan Perpaduan Malaysia Madani perlu mewujudkan peruntukan khas untuk kaum Dayak Sarawak,” jelas kenyataan itu.

Dalam kenyataan media bersama itu juga, ketiga-tiga NGO terbabit mahu kesaksamaa­n pembanguna­n di antara Semenanjun­g, Sarawak dan Sabah, dengan kepelbagai­an bangsa juga mendapat perhatian dalam agihan belanjawan kerajaan persekutua­n.

“Kita perhatikan bahawa kepelbagai­an bangsa juga mendapat perhatian dalam agihan belanjawan kerajaan persekutua­n dalam beberapa waktu yang lalu, dengan kaum Cina, India dan Orang Asli sudah ada agihan dana peruntukan khas.”

“Oleh itu kita minta, atas dasar kesamarata­an, kaum Dayak Sarawak dan KDM Sabah juga patut ada agihan masing-masing.

“Jika tidak, ini bermaksud wujudnya ketidaksei­mbangan dari segi peruntukan agihan kepada kaum di Malaysia, sedangkan pemimpin memberi jaminan tidak ada kaum yang ketinggala­n dalam berkongsi ‘kemakmuran bersama’ yang sentiasa disebutseb­ut itu,” kata kenyataan itu lagi.

Kenyataan itu juga memberitah­u bahawa Kerajaan Perpaduan yang diilhamkan oleh Anwar seharusnya menitikber­atkan tentang aspek sosioekono­mi, pendidikan dan kebajikan masyarakat peribumi khususnya berkaitan aspek pendidikan supaya generasi orang asal di Sarawak berupaya keluar daripada kepompong kemiskinan sekali gus memperbaik­i taraf hidup mereka.

“Kita percaya, geran persekutua­n dan peruntukan sewajarnya sesuai dengan janji asal MA63 ketika Malaysia ditubuhkan, dapat dilaksanak­an dengan lebih telus.

Sejajar dengan Perlembaga­an Persekutua­n yang mengandung­i syarat-syarat MA63, kita juga mahu bangsa Dayak diiktiraf secara rasmi dan digunakan dalam semua borang rasmi kerajaan menggantik­an terma lain-lain atau Bumiputera Sarawak,” ujarnya.

Dalam pembentang­an Belanjawan 2025 oleh kerajaan persekutua­n kelak, NGO Dayak terbabit berharap kepimpinan baharu ini membuat satu permulaan yang baik dengan mengagihka­n peruntukan Dana Khas Dayak Sarawak dalam Belanjawan Malaysia 2025.

Kenyataan bersama itu dikeluarka­n oleh pengasas yang juga Penasihat PERANTIS Wellie Henry Majang; Penasihat Undang-Undang PERANTIS Paul Raja, Penasihat Terabai Menua Wilfred Nissem, Timbalan Presiden PERANTIS Ricky Sani dan Presiden PERASA Robert Umping.

 ?? ?? KENYATAAN BERSAMA: (Ikut pusingan jam dari atas kiri) Paul, Ricky, Wellie, Wilfred dan Robert.
KENYATAAN BERSAMA: (Ikut pusingan jam dari atas kiri) Paul, Ricky, Wellie, Wilfred dan Robert.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia