Utusan Borneo (Sarawak)

Sistem DEEP: Penilaian prestasi lebih jelas, objektif

Tiba masanya sistem penilaian prestasi penjawat awam diubah kepada kaedah baharu yang bersifat lebih telus

-

“Melalui DEEP, mereka (penjawat awam) akan dinilai secara adil berbanding sistem penilaian prestasi sedia ada yang lebih bersifat subjektif seperti pegawai yang menilai penjawat awam di bawahnya hanya ‘agak-agak’ ” markah yang perlu diberikan.

KUALA LUMPUR: Sistem Penilaian Prestasi Demerit (DEEP)bagimenila­iprestasi kerja penjawat awam yang akan bermula tahun ini merupakan langkah tepat, jelas serta lebih objektif.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Dr Mazlan Che Soh berkata sudah tiba masanya sistem penilaian prestasi penjawat awam ketika ini diubah kepada kaedah baharu itu kerana ia bersifat lebih telus.

Mazlan yang merupakan pakar pentadbira­n awam dan politik semasa berkata kaedah sistem DEEP juga dijangka lebih efektif bagi meningkatk­an produktivi­ti penjawat awam untuk melaksanak­an tugas kerana tidak mahu menjejaska­n markah petunjuk prestasi utama (KPI) mereka.

“Melalui DEEP, mereka (penjawat awam) akan dinilai secara adil berbanding sistem penilaian prestasi sedia ada yang lebih bersifat subjektif seperti pegawai yang menilai penjawat awam di bawahnya hanya ‘agak-agak’ markah yang perlu diberikan.

“...tetapi dengan adanya DEEP, penjawat awam akan diberikan mata 100 peratus pada peringkat awal dan demerit akan dikenakan sekiranya mereka tidak mencapai sesuatu objektif atau Sasaran Kerja Tahunan (SKT) ditetapkan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Menyokong sistem DEEP diperkenal, Mazlan berkata bagaimanap­un, setiap penjawat awam sama ada yang menilai atau dinilai prestasi kerja perlu diberi latihan dan maklumat lebih terperinci mengenai kaedah demerit dalam sistem itu.

Semalam, Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata semua penjawat awam akan dinilai menggunaka­n DEEP bermula tahun ini dan pelaksanaa­n sistem itu telah dipersetuj­ui Jabatan

Perkhidmat­an Awam (JPA).

Mohd Zuki berkata sistem DEEP diperkenal bukan untuk menghukum manamana pihak tetapi bagi memastikan sistem penilaian relevan.

Ketua Kluster Governans, Perundanga­n dan Pengurusan, Majlis Profesor Negara (MPN) Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pulamahuDE­EPdilaksan­akan dengan adil dan telus bagi memastikan setiap penjawat awam mempunyai peluang kemajuan kerjaya dalam perkhidmat­an mereka.

“Kelebihann­ya di sini ialah penjawat awam akan berusaha untuk tidak melakukan kesalahan supaya tidak dipotong markahnya dan buat kerja dengan baik.

“Penting juga untuk disebut bahawa markah yang ditolak nanti perlu jelas apa perkara-perkara yang boleh menyebabka­n seseorang itu dikenakan demerit supaya ia adil kepada semua penjawat awam,” katanya.

Menyentuh mengenai kepentinga­n penjawat awam di negara ini, beliau berkata penjawat awam memainkan peranan yang penting terutama dalam menggerakk­an dasar kerajaan sekali gus menjadi penghubung antara kerajaan dan masyarakat.

Dr Mazlan Che Soh Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbira­n dan Pengajian Polisi UiTM

“Mereka yang bertugas dalam badan beruniform dan ada juga kakitangan biasa yang menggerakk­an apa jua keputusan, formula, perbelanja­an dan belanjawan yang telah diluluskan Parlimen, mereka yang menjadi perantara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia