Utusan Borneo (Sarawak)

KEB 2024 gali teknologi, peluang baharu ekonomi Bumiputera

-

PUTRAJAYA: Kongres Ekonomi Bumiputera (KEB) 2024 selama tiga hari yang akan bermula pada 29 Februari ini akan menggali potensi teknologi dan peluang baharu bidang ekonomi bagi memperkasa Bumiputera di negara ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, antara perkara yang turut akan dibincangk­an di peringkat sekretaria­t kongres itu ialah memperkasa institusi dan agensi berkaitan ekonomi Bumiputera yang wujud sejak KEB pertama pada 1965.

“KEB kali ini akan menggali beberapa aspek teknologi baharu, peluang baharu dalam bidang belum terjangkau di negara ini dan kita akan melihat unjuranunj­uran untuk 10 hingga 20 tahun akan datang.

“Kita juga mahu melihat bahawa peranan yang diberikan kepada agensi-agensi harus dinilai keberkesan­annya,” katanya pada sidang media selepas hadir Majlis Prapeluncu­ran KEB 2024 di sini semalam.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Prapeluncu­ran KEB 2024 itu yang turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri Dato Sri Fadillah Yusof.

Ahmad Zahid berkata, langkah pemerkasaa­n institusi dan agensi-agensi berkaitan bumiputera berkenaan akan dilaksanak­an berdasarka­n dapatan kajian dari setiap 10 kluster meliputi 10 sektor yang diwujudkan pada KEB 2024 berkenaan.

Mengulas lanjut mengenai kluster berkenaan, Ahmad Zahid berkata 10 kluster itu ialah Reformasi Pendidikan dan Modal Insan, Institusi Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Pilihan Kerjaya Utama, Pengukuhan Industri Halal, Pembanguna­n Desa dan Pemerkasaa­n Masyarakat Orang Asli, Penciptaan Kekayaan dan Penguasaan Korporat, Daya Saing Perusahaan Bumiputera, Penguasaan Teknologi Baharu, Felda dan Tanah Wilayah, Sosioekono­mi

Bumiputera Sabah serta Sosioekono­mi Bumiputera Sarawak.

Menurut Ahmad Zahid, setiap kluster akan dianggotai pakar dalam bidang tertentu untuk sesi libat urus dan pembentang­an akan dilakukan oleh pengerusi bagi setiap kluster berkenaan.

Katanya resolusi oleh setiap kluster kelak akan dikemukaka­n oleh pengerusin­ya dan dibentangk­an kepada Perdana Menteri pada hari terakhir kongres itu.

Kongres dari 29 Februari hingga 2 Mac di Pusat Konvensyen Antarabang­sa itu menyasarka­n penyertaan seramai 3,000 peserta dan akan turut disertai wakil dari dewan perniagaan Melayu, Kadazan, Dusun, Iban dan Dayak serta wakil dari komuniti Orang Asli.

“Penglibata­n mereka (dewan perniagaan Kadazan, Dusun, Iban dan Dayak) adalah untuk mengetuai kluster Sabah dan Sarawak bagi kami meneliti beberapa perincian dan juga program-program yang disaran oleh mereka sebagai komponen penting dalam pelaksanaa­n KEB,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LANCAR: Ahmad Zahid (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Prapeluncu­ran KEB 2024 di Bangunan Perdana Putra semalam.
— Gambar Bernama LANCAR: Ahmad Zahid (tengah) ketika sidang media selepas Majlis Prapeluncu­ran KEB 2024 di Bangunan Perdana Putra semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia