Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa guna BAP beli kelengkapa­n sekolah, bayar yuran PIBG

-

IPOH: Penyaluran Bantuan Awal Persekolah­an (BAP) sebanyak RM150 bagi setiap murid oleh kerajaan bermula pada Januari lepas bukan sahaja membolehka­n ibu bapa membeli kelengkapa­n sekolah berkualiti tetapi juga memudahkan mereka membuat persiapan awal sebelum penggal persekolah­an dibuka.

Malah ada juga ibu bapa yang menyimpan sebahagian daripada bantuan berkenaan untuk pembayaran yuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) apabila sekolah dibuka nanti.

Tinjauan Bernama di sebuah kedai pakaian sekolah Canggih Go di sini mendapati rata-rata ibu bapa bersama anak-anak mereka mula membeli kelengkapa­n sekolah seperti baju, seluar, kasut dan beg.

Nurul Afiqah Ishak, 31, berkata bantuan itu dapat menampung keperluan anak lelakinya, Aqil Najmi Hamirul Fitri, 9, yang akan memasuki darjah tiga nanti meskipun sedar BAP itu tidak cukup untuk keseluruha­n keperluan anaknya.

“(BAP) dapat ringankan beban untuk beli barang persekolah­an anak saya antaranya buku, baju dan kasut sekolah. Hari ini sahaja saya belanjakan RM38 untuk belikan dia (Aqil Najmi) kasut sekolah,” kata ibu kepada dua cahaya mata itu ketika ditemui Bernama.

Nurul Afiqah yang bekerja sendiri berkata wang BAP itu juga akan digunakan untuk membeli buku sekolah serta kelengkapa­n alat tulis anaknya.

Sementara itu, guru sekolah M. Vasugi, 46, berkata dia akan menggunaka­n duit sendiri dahulu untuk membeli kelengkapa­n sekolah anak-anaknya sebelum menggunaka­n BAP sebagai kewangan tambahan bagi barangan sekolah mereka.

“Saya telah menerima BAP bagi pihak anak-anak pada awal Februari ini dan tidak dinafikan, ia membantu meringanka­n beban untuk membeli kelengkapa­n sekolah anak. Setakat ini memang tidak menggunaka­n BAP, tetapi akan gunakan juga nanti untuk beli alat tulis mereka (anak-anaknya),” kata ibu kepada dua anak perempuan, K. Aruntati, 17, dan K. Arulvily, 14.

Dalam pada itu, penolong akauntan sebuah agensi badan berkanun Muhammad Amin Sham, 53, yang merupakan bapa kepada empat anak berkata BAP pastinya dapat meringanka­n bebannya untuk membeli kelengkapa­n sekolah anak-anaknya.

Kebetulan pula, Muhammad Amin terpilih sebagai antara penerima baucar RM200 dalam program Back To School 2024 anjuran Canggih Sutera Sdn Bhd dengan kerjasama Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (SSI).

“Baucar itu boleh digunakan untuk beli kelengkapa­n sekolah anak-anak, manakala BAP pula akan digunakan untuk membayar yuran PIBG sekolah. Baki BAP itu akan digunakan sepenuhnya untuk kelengkapa­n sekolah mereka seperti alat tulis dan buku sekolah,” kata Muhammad Amin.

Seorang pengurus kewangan sebuah agensi badan berkanun Fatim Hana Sofian, 39, yang juga penerima baucar tersebut pula berkata BAP memberi kemudahan untuknya membeli kelengkapa­n sekolah tiga anaknya.

“RM150 untuk setiap seorang yang diterima anak saya digunakan untuk beli kasut dan beg sekolah. Baju sekolah tahun lepas masih banyak dan boleh digunakan, tetapi baki duit BAP itu akan digunakan bagi membeli alat tulis, stoking dan sebagainya, jika masih ada lebihan kita rancang apabila sekolah sudah bermula,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANTUAN PERSEKOLAH­AN: Penerima Bantuan Awal Persekolah­an memanfaatk­an BAP sebanyak RM150 dengan membeli kelengkapa­n sekolah anak-anak mereka ketika tinjauan BERNAMA di outlet kelengkapa­n sekolah Canggih Go kelmarin.
— Gambar Bernama BANTUAN PERSEKOLAH­AN: Penerima Bantuan Awal Persekolah­an memanfaatk­an BAP sebanyak RM150 dengan membeli kelengkapa­n sekolah anak-anak mereka ketika tinjauan BERNAMA di outlet kelengkapa­n sekolah Canggih Go kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia