Utusan Borneo (Sarawak)

Pemasangan panel solar di kediaman catat trend peningkata­n

-

SEPANG: Inisiatif pemasangan panel solar di kawasan kediaman di seluruh negara ketika ini menunjukka­n trend peningkata­n, kata Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

Tanpa mendedahka­n butiran lanjut, beliau berkata trend positif itu membuatkan kerajaan membuka kuota permohonan untuk pemilik kediaman memasang panel solar di kediaman masingmasi­ng tahun ini melalui Program Pemeteran Tenaga Bersih (NEM).

“Di peringkat kerajaan, kita lihat ada trend peningkata­n pemilik kediaman pakai sistem solar (ketika ini),” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sistem solar Movenpick Hotel & Convention Centre KLIA di sini semalam.

Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata program NEM diteruskan dengan tawaran kuota tambahan sebanyak 100 megawatt (MW) untuk NEM Rakyat dan 300 MW untuk NEM NOVA, sebagai insiatif pelaksanaa­n program Tenaga Bersih Bersepadu bagi tahun ini.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transforma­si Air berkata tempoh tawaran kuota itu ditetapkan hingga Disember 2024 atau hingga kuota habis diagihkan atau yang mana dahulu, dan permohonan boleh dibuat bermula 5 Feb lepas melalui sistem eNEM di laman sesawang Pihak Berkuasa Pembanguna­n Tenaga Lestari (SEDA), www.seda.gov.my.

Program NEM akan membolehka­n sekurangku­rangnya 25,000 pengguna elektrik domestik dan 100 pengguna kategori komersial dan industri memanfaatk­an ruang bumbung di premis bangunan masing-masing untuk penjanaan bekalan elektrik bagi kegunaan sendiri melalui pemasangan sistem solar fotovoltai­k (PV). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia