Utusan Borneo (Sarawak)

Pelancong Korea ditemui tergantung di bilik mandi

-

KOTA KINABALU: Seorang pelancong warga Korea ditemukan maut di dalam bilik mandi di sebuah resort di Pulau Gaya, di sini.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Superinten­den Kalsom Idris berkata, mangsa berumur 53 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan tergantung di pancuran air bilik mandi, kira-kira jam 7 pagi.

Katanya, kejadian disedari seorang pekerja di resort berkenaan apabila mendengar jeritan daripada ahli keluarga mangsa selepas melihat keadaan mangsa terbabit.

“Siasatan mendapati mangsa mengambil dua bilik masing-masing didiami anakanakny­a di bilik atas manakala mangsa dan isteri tinggal di bilik berlainan.

“Isteri mangsa memberitah­u sebelum kejadian, dia dan suaminya bergaduh dan mengambil keputusan tidur di bilik anak mereka manakala mangsa tidur seorang diri di bilik mereka.

“Pada jam 7 pagi, isteri mangsa meminta anak sulungnya kejutkan ayah mereka untuk bersarapan bagaimanap­un anak mereka terkejut apabila melihat ayahnya berada dalam keadaan tergantung di bilik mandi,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata, mangsa kemudian diturunkan dan terdapat kesan jerut pada bahagian leher mangsa.

“Mayat mangsa sudah dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE1) untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

“Pihak polis memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurka­n maklumat tentang kejadian kepada pihak bagi memudahkan siasatan lanjut dijalankan.

“Sebarangma­klumat,boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat kes Inspektor Zackie Nizamri Jakariah yang juga Penolong Ketua Polis Balai Pulau Gaya di talian 013-3453278,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia