Utusan Borneo (Sarawak)

DBP dan UPMKB jayakan bengkel bersama 20 peserta

- Sumbangan Sudirman Asmadi

DEWAN Bahasa dan Pusaka (DBP) cawangan Sarawak dan DBP Kuala Lumpur serta Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) telah bersamasam­a menjayakan Bengkel Pemurnian Manuskrip Buku Umum di TEGAS Innovation Hub, Bintulu baru-baru ini.

Peserta melibatkan 20 pensyarah dan pegawai UPMKB yang merupakan antara penulis yang telah mempunyai draf manuskrip buku yang bakal diterbitka­n.

Dalam bengkel tersebut, pihak DBP memberi panduan dalam piawaian manuskrip kepada peserta untuk tujuan penerbitan dan cetakan melalui DBP serta turut berkongsi pengalaman dengan merujuk penulisan buku yang telah berjaya diterbitka­n sebelum ini di DBP.

Editor DBP Kuala Lumpur Suzana Ibrahim dalam taklimatny­a berkata, DBP merupakan platform terbaik kepada pensyarah universiti atau penulis yang berminat menghasilk­an buku bacaan terbitan bahasa Melayu.

“Ini kerana DBP menyediaka­n latihan, penerbitan serta cetakan percuma naskhah buku mengikut panduan penghasila­n buku DBP,” katanya.

Beliau mengingatk­an penulis-penulis agar mempunyai integriti tinggi dalam hasil yang dicipta, membuahkan ketulenan dan minat orang ramai membaca, selain mampu memperkemb­angkan ilmu dengan kepakaran yang ada.

“Apa yang utama juga adalah kerjasama erat antara penulis dengan editor bagi memastikan kelancaran penghasila­n buku mengikut informasi terkini, piawaian, kecukupan maklumat, etika dan tempoh diterbitka­n,” kata Suzana.

Beliau menekankan kegagalan membentuk kerjasama yang baik antara penulis dan editor boleh menjadi punca kualiti penerbitan buku tidak mencapai apa diinginkan dan sukar diterbitka­n walaupun mempunyai tajuk serta kandungan yang sangat menarik untuk dibaca.

Pada masa sama Editor DBP Munirah Ghazali berkata, beliau sangat berpuas hati dengan hasil pembentang­an setiap pensyarah dan pegawai UPMKB pada bengkel kali ini.

Beliau meminta semua peserta untuk meneruskan penulisan mengikut perancanga­n tempoh dan mengharapk­an agar dapat menghasilk­an buku seperti cadangan tambah baik yang telah diberikan dalam bengkel ini.

Selain itu, salah seorang peserta bengkel Dr Latifah Omar meluahkan kegembiraa­n dapat hadir ke bengkel kali ini.

Menurutnya, melalui bengkel DBP ini dapat meningkatk­an motivasi diri untuk terus menulis bahan ilmiah akademik dan telah memberi idea tambah baik kandungan buku serta bimbingan penulisan buku yang menepati keperluan pihak penerbit.

“Sangat bersyukur dapat hadir ke bengkel ini dan membentang­kan draf manuskrip saya di hadapan editor-editor DBP untuk dinilai potensi dan pandangan tambah baik kandungan buku yang sedang ditulis bersama rakan lain berkaitan penghasila­n fras ulat lalat askar hitam,” kata Latifah.

Tambahnya, beliau dan rakan-rakan akan berusaha menghasilk­an buku ini dalam tempoh dicadangka­n, berkongsi pandangan berkaitan cabaran sebagai penulis masa kini terutamany­a yang bekerjaya sebagai pensyarah dan mempunyai pelbagai tugas hakiki lain di universiti.

Beliau berkata, cabaran yang dilihat adalah dari segi pengurusan masa dan mengekalka­n momentum bagi meneruskan minat membuat penulisan.

“Dengan adanya bengkel seperti ini sekurangku­rangnya telah dapat memberi ruang masa dan meningkatk­an momentum untuk menyiapkan penulisan buku yang bakal dihasilkan,” jelasnya.

 ?? ?? SESI: Pensyarah dan pegawai UPMKB yang hadir berserta draf manuskrip untuk dinilai semasa bengkel.
ULASAN: Suzana memberi penilaian terhadap setiap draf manuskrip yang dibentangk­an oleh pensyarah dan pegawai UPMKB.
SESI: Pensyarah dan pegawai UPMKB yang hadir berserta draf manuskrip untuk dinilai semasa bengkel. ULASAN: Suzana memberi penilaian terhadap setiap draf manuskrip yang dibentangk­an oleh pensyarah dan pegawai UPMKB.
 ?? ??
 ?? ?? UNTUK ALBUM: Editor DBP bergambar bersama sebahagian peserta bengkel.
UNTUK ALBUM: Editor DBP bergambar bersama sebahagian peserta bengkel.
 ?? ?? BERUSAHA: Latifah sedang menyiapkan draf manuskrip untuk ditambah baik semasa bengkel pemurnian.
BERUSAHA: Latifah sedang menyiapkan draf manuskrip untuk ditambah baik semasa bengkel pemurnian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia