Utusan Borneo (Sarawak)

PDRM semak semula modul pengambila­n anggota baharu

Elak salah laku, kajian semula turut libatkan modul keagamaan, moral

-

IPOH: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyemak semula modul pengambila­n anggota dan pegawai baharu susulan beberapa kes salah laku melibatkan warganya barubaru ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata proses pengambila­n pelatih sedia ada mengikut kategori dan pangkat mempunyai prosedur yang telah ditetapkan selain pemeriksaa­n fizikal dan kecergasan.

“Pelatih akan menghadiri Ujian Sistem Pemprofila­n Rekrutmen (SPiER) yang dikendalik­an Kementeria­n Dalam Negeri sebelum dipanggil menghadiri temu duga secara lisan dan selepas melepasiny­a, tapisan keselamata­n juga akan dibuat,” katanya.

“Pelatih akan menghadiri Ujian Sistem Pemprofila­n Rekrutmen (SPiER) yang dikendalik­an Kementeria­n Dalam Negeri sebelum dipanggil menghadiri temu duga secara lisan dan selepas melepasiny­a, tapisan keselamata­n juga ” akan dibuat.

Tan Sri Razarudin Husain Ketua Polis Negara

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Tahun 2024 di Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am (PGA), Ulu Kinta di sini semalam.

Menurutnya kajian semula yang dilaksanak­an akan turut melibatkan modul keagamaan bagi yang beragama Islam dan moral bagi pelatih yang bukan Muslim.

Razarudin berkata kajian perlu dilaksanak­an secara teliti sebelum melakukan sebarang perubahan mekanisme pengambila­n anggota dan pegawai baharu dalam modul sedia ada.

“Kalau hendak ketatkan pengambila­n, kita memang sudah ada kriteria yang sepatutnya,” katanya sambil menambah beliau menyambut baik cadangan Persatuan Pegawai-pegawai Kanan Polis Bersara Malaysia (RESPA) supaya modul latihan pasukan itu disemak semula.

Presiden RESPA, Datuk Meor Che Hussein dilaporkan berkata modul latihan untuk rekrut baharu pegawai dan anggota polis wajar ditambah baik dengan memberi lebih penekanan kepada pengukuhan mental, kerohanian, disiplin dan integriti.

Dalam perkembang­an lain, beliau berkata seorang pegawai kanan polis yang didakwa membunuh seorang pelajar sekolah menengah di sini pada Disember lepas telah ditahan kerja.

“Setelah dituduh di mahkamah, prosedur dalam PDRM kita akan tahan kerja dahulu buat masa ini dia di tahan reman dalam penjara,” katanya.

Pada 18 Disember lepas, Mohd Nazri Abdul Razak, 44, yang berpangkat DSP didakwa di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan menyebabka­n kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, berhampira­n Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, d sini antara jam 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember.

Dalam pada itu, beliau berkata tiga anggota polis trafik yang didakwa meminta wang daripada pasangan pelancong asing di sini baru-baru ini turut dikenakan tindakan tahan kerja.

“Kita sudah menghantar kertas siasatan dan serah kepada Jabatan Peguam Negara untuk dituduh atau tidak,” katanya.

Pada 30 Januari lepas, tiga anggota Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Ibu Pejabat Polis

Kontinjen (IPK) negeri direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung perbuatan meminta wang daripada pasangan pelancong warga United Kingdom (UK) untuk menyelesai­kan saman trafik di Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands.

Pada 28 Januari, media melaporkan Polis Bukit Aman menyiasat video tular yang memaparkan seorang polis trafik didakwa mengambil RM100 daripada dua pelancong asing dengan alasan membayar saman bagi kesalahan memandu melebihi had laju.

Menerusi video berdurasi 50 saat yang tersebar dalam platform X, pasangan pelancong dari UK itu disaman oleh polis trafik kerana didakwa memandu melebihi had laju, namun polis terbabit memberitah­u mereka boleh menjelaska­n saman RM300 di balai polis berdekatan atau membayar RM100 kepadanya di situ.

Razarudin turut berkata pihaknya tidak bertoleran­si atas kes melibatkan displin anggota dan pegawai polis termasuk kesalahan yang melanggar undang-undang dan akan mengambil tindakan tanpa amalan berat sebelah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? KENANGAN: Razarudin (belakang tengah) bergambar kenangan bersama Naib Juara Ujian Mara Lasak dari Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam Johor pada Majlis Perasmian Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) 2024 di Padang Kawad Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, semalam. Turut hadir ialah Mohd Yusri Hassan.
— Gambar Bernama KENANGAN: Razarudin (belakang tengah) bergambar kenangan bersama Naib Juara Ujian Mara Lasak dari Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA) Simpang Renggam Johor pada Majlis Perasmian Penutupan Ujian Mara Lasak Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) 2024 di Padang Kawad Markas Briged Utara Pasukan Gerakan Am, Ulu Kinta, semalam. Turut hadir ialah Mohd Yusri Hassan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia