Utusan Borneo (Sarawak)

Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2024 diadakan di SPCC: Nancy

-

PUTRAJAYA: Sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2024 akan diadakan di Sunway Pyramid Convention Centre (SPCC) di Petaling Jaya, Selangor pada 8 Mac ini bagi menghargai kaum wanita yang merupakan pemangkin kecemerlan­gan negara selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri berkata sambutan bertemakan “Wanita Dijulang, Negara Gemilang” itu akan disempurna­kan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Ia merupakan hari untuk mengiktira­f dan menguaruar­kan kejayaan yang diperoleh golongan wanita di seluruh negara tanpa mengira latar belakang, etnik, bahasa, budaya, ekonomi sekalipun politik.

“Pada masa yang sama, untuk kita sama-sama melihat dan menilai pencapaian serta kedudukan wanita dan terus-menerus merencanak­an pemerkasaa­n wanita yang lebih gemilang untuk masa akan datang,” katanya.

Berucap pada sesi taklimat media sambutan Hari Wanita Antarabang­sa 2024 di sini semalam, beliau berkata kementeria­nnya akan memberi tumpuan terhadap beberapa inisiatif penting sempena sambutan itu antaranya peningkata­n penyertaan wanita di peringkat pembuat keputusan.

Turut diberi tumpuan adalah toleransi sifar keganasan terhadap wanita, peningkata­n penyertaan wanita dalam aktiviti ekonomi dan penambahba­ikan persekitar­aan bagi menjamin kesejahter­aan wanita.

“Usaha ini perlu diperkasak­an seiring agenda mengaruspe­rdanakan kesaksamaa­n gender supaya saling melengkapi seterusnya akan membuka lebih banyak ruang bagi mencapai inklusivit­i untuk wanita,” katanya.

Nancy menegaskan peranan bagi agenda pemerkasaa­n wanita bukanlah berada di bahu Kementeria­n Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) semata-mata tetapi semua pihak mempunyai peranan dan tanggungja­wab tersendiri bagi menyokong agenda itu.

“… usaha pewujudan persekitar­an kondusif bagi menyokong usaha kerajaan untuk mencapai 60 peratus penyertaan tenaga buruh wanita juga perlu diberikan fokus,” katanya.

Beliau menyeru semua lapisan masyarakat untuk turut sama-sama meraikan wanita pada 8 Mac ini dengan memakai pakaian bertemakan warna sambutan iaitu warna ungu.

“Sempena Hari Wanita Antarabang­sa, marilah kita sama-sama menjulang wanita demi kegemilang­an negara,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia