Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Ethiopia bunuh 45 warga awam: EHRC

-

ADDIS ABABA: Pasukan tentera kerajaan Ethiopia membunuh sekurangku­rangnya 45 warga awam dalam pembunuhan beramairam­ai di wilayah Amhara pada lewat Januari, menurut pihak dikaitkan dengan Ethiopian Human Rights Commission (EHRC) kelmarin.

Satu kenyataan menyatakan EHRC telah mengesahka­n identiti sekurang-kurangnya 45 warga awam yang dibunuh oleh anggota pasukan keselamata­n kerajaan kerana dikatakan ‘menyokong Fano’ – militia etnik Amhara.

“Bagaimanap­un, ia boleh dikatakan bahawa jumlah mangsa adalah jauh lebih tinggi,” jelasnya.

Pembunuhan berlaku di pekan Merawi selepas pertempura­n beberapa bulan pada tahun lepas antara tentera Ethiopia dan Fano, sebuah militia “pertahanan diri”.

Pertempura­n itu mendesak kerajaan persekutua­n untuk melaksanak­an perintah darurat pada Ogos yang dilanjutka­n sehingga empat bulan oleh anggota perundanga­n pada bulan ini.

WILAYAH PALESTIN: Badan penyiaran berpusat di Qatar Al Jazeera kelmarin berkata dua wartawanny­a mengalami kecederaan teruk dalam serangan Israel di bandar Rafah di selatan Gaza.

Nyawa wartawan Ismail Abu Omar berada dalam risiko selepas amputasi kaki kanannya, sementara para doktor sedang mencuba untuk menyelamat­kan kaki kirinya, kata Al Jazeera memetik seorang doktor kecemasan.

Amerika Syarikat pada minggu lepas menyatakan ia berasa sangat bimbang dengan laporan mengenai “pembunuhan warga awam yang disasarkan” di Merawi dan menyeru bagi siasatan bebas.

Keganasan di Amhara mencetuska­n semula kebimbanga­n mengenai kestabilan Ethiopia beberapa bulan selepas satu perjanjian damai ditandatan­gani pada November 2022 bagi menamatkan konflik selama dua tahun di wilayah berhampira­n Tigray.

Pasukan tentera wilayah Amhara berperang di samping pasukan tentera persekutua­n menentang pemberonta­k Tigray namun hubungan terganggu pada April tahun lepas ketika kerajaan Perdana Menteri Abiy Ahmed memutuskan untuk memansuhka­n pasukan separa tentera di seluruh negara.

Pihak nasionalis Amhara menyatakan ia akan melemahkan wilayah mereka dan membantah tindakan tersebut. — AFP

Dua wartawan cedera parah dalam serangan di Gaza: Al Jazeera

Al Jazeera berkata jurukamera Ahmad Matar berada dalam “keadaan serius” selepas disasarkan oleh sebuah dron Israel di utara Rafah.

Dua wartawan itu telah dimasukkan ke Hospital Eropah, di hujung selatan bandar Khan Yunis.

Kementeria­n kesihatan di Gaza yang ditadbir oleh Hamas berkata dua wartawan itu terkena serangan sebuah pesawat perang Israel di kawasan Moraj.

Pejabat media kerajaan Hamas menyatakan ia “mengecam dalam bentuk paling kuat tindakan tentera penakluk Israel yang menyasarka­n kru Al Jazeera”.

Tentera Israel tidak segera memberikan komen mengenai serangan ketika dihubungi oleh AFP, hanya menyatakan ia akan memeriksa maklumat mengenai insiden itu.

Dua wartawan lain dengan pihak penyiaran itu terbunuh ketika perang Israel terhadap Hamas di Gaza, dan ketua biro Wael al-Dahdouh tercedera.

Anak lelakinya dan seorang rakan wartawan Hamza Wael al-Dahdouh maut apabila tentera Israel menyasarka­n sebuah kereta pada bulan lepas, bersama dengan wartawan video Mustafa Thuria.

Jurukamera rangkaian tersebut Samer Abu Daqqa terkorban dalam serangan berasingan pada Disember.

Jawatankua­sa bagi Melindungi Wartawan merekodkan kematian 85 wartawan dan kakitangan media – 78 rakyat Palestin – sejak perang meletus pada 7 Oktober. — AFP

BEIRUT: Anggota militan Daesh (IS) membunuh sembilan tentera Syria di gurun Badia yang luas di negara dilanda peperangan kelmarin, menurut sebuah badan pemerhati perang.

“Sembilan anggota tentera Syria telah terkorban dan tiga tercedera ketika mereka berkumpul di timur wilayah Hama di tengah Syria, menurut pihak Syrian Observator­y for Human Rights (SOHR).

IS telah memperting­katkan serangan di Syria sejak beberapa bulan lepas, terutama di gurun Badia yang terletak dari luar Damsyik ke sempadan Iraq.

Pada 2 Februari, kumpulan pelampau telah membunuh lima anggota tentera yang setia kepada Presiden Syria Bashar al-Assad, kata SOHR yang berpusat di Britain.

Satu serangan IS pada 9 Januari membunuh sekurang-kurangnya 14 anggota tentera kerajaan di timur wilayah Homs, kata badan pemerhati itu, yang bergantung kepada satu rangkaian sumber di Syria bagi laporannya.

Kumpulan pelampau itu menawan beberapa bahagian besar di Syria dan Iraq pada 2014, menuntut “kerajaanny­a” dan melancarka­n satu tindakan keganasan.

Kumpulan itu telah ditewaskan secara wilayah di Syria pada 2019 namun sakibakiny­a terus melakukan serangan secara rambang dan serangan hendap, terutama dari tempat persembuny­iannya di gurun. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia