Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat Indonesia keluar mengundi semalam

-

JAKARTA: Rakyat Indonesia keluar mengundi sempena Pemilihan Umum (Pemilu) 2024 di lebih 800,000 pusat mengundi yang dibuka di seluruh negara semalam bagi memilih presiden dan naib presiden serta anggota legislatif baharu.

Presiden Joko Widodo yang lebih dikenali sebagai Jokowi serta isteri Iriana, mengundi di Gambir, Jakarta Pusat, adalah antara kira-kira 204.8 juta pengundi yang layak mengambil bahagian dalam proses demokrasi di republik berkenaan.

Jokowi yang ditemui media selepas mengundi berharap Pemilu menjadi pesta demokrasi rakyat yang membolehka­n mereka memilih calon dan parti dengan senang hati, bebas dan adil.

“Kita tunggu bersamasam­a,” katanya mengenai pilihan rakyat Indonesia.

Pusat mengundi dibuka pada 7 pagi waktu tempatan dan dijadualka­n ditutup pada 1 tengah hari.

Sementara itu, calon-calon presiden dan naib presiden hadir di pusat mengundi berhampira­n kediaman masingmasi­ng untuk melaksanak­an tanggungja­wab sebagai pengundi.

Anis Baswedan, 54, dan calon naib presiden Muhaimin Iskandar, 57, masing-masing mengundi di Lebak Bulus dan Bangka, Jakarta Selatan, ketika cuaca mendung serta hujan rintik dilaporkan di awal pagi.

Sebaik selesai mengundi, Anies berkata beliau berharap Pemilu itu berlangsun­g lancar sehingga pengiraan selesai serta merakamkan penghargaa­n kepada petugas yang bekerja keras.

Prabowo Subianto, 78, pula menunaikan hak mengundi di

Bogor, Jawa Barat dan regunya yang juga anak sulung Jokowi, Gibran Rakabuming Raka, 36, di Solo, Jawa Tengah.

Ganjar Pranowo, 55, mengundi di Semarang, Jawa Tengah manakala pasanganny­a, Mahfud MD, di Sleman, Yogyakarta. — Bernama

 ?? — Gambar AFP ?? SOKONGAN PADU: Penyokong menyanyika­n lagu kebangsaan semasa kempen pilihan raya oleh Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada 10 Februari lepas.
— Gambar AFP SOKONGAN PADU: Penyokong menyanyika­n lagu kebangsaan semasa kempen pilihan raya oleh Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming Raka di Stadium Gelora Bung Karno di Jakarta pada 10 Februari lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia