Utusan Borneo (Sarawak)

Anggota bomba bergelut tangani kebakaran di taman hiburan Sweden

-

penyelamat Sweden kelmarin berkata mereka masih bergelut untuk menangani kebakaran di taman hiburan terbesar di negara itu, lebih daripada 24 jam selepas ia berlaku.

Seorang masih hilang selepas kebakaran berlaku pada Isnin di taman air Oceana yang masih dalam pembinaan di taman hiburan Liseberg di bandar barat Gothenburg.

Anggota bomba telah menyatakan pada awal kelmarin bahawa kebakaran dalam kawalan namun ia marak semula pada waktu petang, seorang jurucakap bagi perkhidmat­an kecemasan Gothenburg memberitah­u televisyen SVT.

“Kebakaran berterusan dan kami telah memaklumka­n unit-unit baharu. Ketika kami berada di lokasi, ia telah segera dikesan,” kata jurucakap, sambil menambah bahawa tiada risiko ia akan merebak.

Perkhidmat­an penyelamat pada mulanya memberikan amaran bahawa usaha untuk memadamkan sepenuhnya api telah terjejas akibat risiko sebuah bangunan roboh.

Masih tidak ada petunjuk bagi orang yang hilang.

“Kami telah memeriksa setiap ruangan yang kami dapat akses, yang kami anggap selamat (dan) kami mash belum menemui sesiapa,” kata Per Nyqvist dari perkhidmat­an menyelamat Gothenburg pada sidang media.

Nyqvist berkata kebakaran mungkin bermula di salah satu tarikan permainan air di luar bangunan utama dan kemudian merebak “di seluruh bangunan”.

Gambar dari Isnin menunjukka­n letusan bebola api, ketika api dan beberapa letusan memusnahka­n sebuah gelongsora­n air dan kepulan asap hitam muncul di ruang udara bandar tersebut.

Niklas Sparw, ketua bagi operasi pembinaan di syarikat pembinaan NCC, berkata kelmarin ia masih terlalu awal untuk membuat spekulasi mengenai punca kebakaran.

“Dengan menghormat­i fakta bahawa ia adalah satu kejadian berkecuali, kami memerlukan siasatan lengkap sebelum kami membuat spekulasi mengenai apa yang telah berlaku,” kata Sparw.

Pihak polis menyatakan satu siasatan mengenai kecuaian dan kesalahan tempat kerja telah dibuka.

Menurut pihak polis, 16 orang telah mendapatka­n rawatan bagi kecederaan ringan namun tiada yang perlu dimasukkan ke hospital. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia