Utusan Borneo (Sarawak)

Penculik bebas doktor Poland ditahan di Chad

-

WARSAW: Seorang doktor Poland yang diculik di selatan Chad pada minggu lepas telah dibebaskan, menurut kerajaan Poland kelmarin.

Aleksandra Kuligowska, sukarelawa­n di sebuah hospital yang diuruskan oleh badan kebajikan Katolik Caritas, diculik pada Jumaat.

“Beliau selamat dan sihat, menurut apa yang dimaklumka­n kepada saya oleh mereka yang rapat dengannya melalui panggilan telefon. Saya berterima kasih kepada pasukan tentera tempatan dan sekutu Perancis kami bagi tindakan mereka,” kata menteri hal ehwal luar negara Radoslaw Sikorski menerusi platform X.

Sementara itu, menteri pertahanan Poland Wladyslaw Kosiniak-Kamysz dalam X menyampaik­an “ucapan terima kasih sepenuh hati kepada menteri pertahanan Perancis (Sebastien) Lecornu dan kepada anggota tentera Perancis, terima kasih kepada mereka yang membebaska­n wanita Poland itu”.

Doktor itu akan pulang ke Poland tidak lama lagi, katanya.

Sikorski mengongsik­an satu rakaman video menunjukka­n beliau bercakap melalui telefon, kelihatan dengan ahli keluarga Kuligowski, memberitah­u mereka: “Doa anda telah didengari, anak perempuan anda akan pulang ke rumah tidak lama lagi.”

Pasukan tentera Chad dan Perancis yang berpusat di wilayah tengah Afrika telah mencari Kuligowska, yang diculik bersama seorang rakan setugas dari Mexico dari hospital St Michel di Dono Manga, selatan Chad.

Tiada kumpulan yang mengaku bertanggun­gjawab bagi penculikan dan rakyat Mexico itu kemudian ditinggalk­an.

Penjahat bersenjata sering kali menculik rakyat Chad bagi wang tebusan di wilayah itu, kira-kira 400 kilometer (250 batu) di selatan ibu negeri N’Djamena.

Dua lelaki bersenjata menemani seorang pesakit palsu pergi ke hospital untuk melakukan penculikan, menurut gabenor wilayah Tandjile Ildjima Abdraman.

Dua doktor telah dibawa lari dengan membonceng motosikal, tambah pegawai itu. Anggota keselamata­n mengejar mereka dan doktor Mexico itu kemudian ditinggalk­an di tepi jalan namun kumpulan tersebut masih menahan Kuligowska. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia