Utusan Borneo (Sarawak)

Jho Low dakwa ada bukti, bertindak atas arahan Najib

Turut beritahu bekas peguam 1MDB agar tidak mengambil tindakan mengenai kemasukan wang ke dalam akaun Najib

-

“Jho Low mengatakan ia untuk dana politik Barisan Nasional khususnya UMNO, namun selepas saya mendesak dan bertanya lagi kepada Jho Low berkenaan dengan hal transaksi-transaksi kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun Datuk Seri Najib, Jho Low memberitah­u saya supaya jangan ” risau. Jasmine Loo Ai Swan Bekas peguam 1MDB

KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) memberitah­u Mahkamah Tinggi semalam bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low pernah menyatakan beliau mempunyai bukti yang menunjukka­n segala tindakan dilakukann­ya adalah mengikut permintaan, kehendak dan dalam pengetahua­n Datuk Seri Najib Tun Razak.

Jasmine Loo Ai Swan, 50, berkata perkara tersebut dimaklumka­n oleh Jho Low kepadanya ketika beliau mendesak lelaki itu berkenaan keperluan memasukkan wang yang banyak ke dalam akaun bank milik Najib.

Menurut saksi pendakwaan ke-50 itu, pada awalnya beliau tidak tahu mengenai kemasukan wang deposit sekuriti berjumlah US$576,943,490 dan US$790,354,855 yang dimasukkan dari akaun Aabar Investment PJS Limited (BVI) ke dalam akaun Blackstone Asia Real Estate milik sekutu Jho Low, Eric Tan

Kim Loong dan seterusnya dimasukkan ke dalam akaunakaun lain termasuk akaun bank Najib.

“Saya tahu mengenai semua transaksi kemasukan wang ke dalam akaun Datuk Seri Najib melalui media dan laporan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sekitar tahun 2015 dan 2016 dan saya bertanya kepada Jho Low mengenai perkara ini.

“Jho Low mengatakan ia untuk dana politik Barisan Nasional khususnya UMNO, namun selepas saya mendesak dan bertanya lagi kepada Jho Low berkenaan dengan hal transaksi-transaksi kemasukan wang yang banyak ke dalam akaun Datuk Seri Najib, Jho Low memberitah­u saya supaya jangan risau,” kata saksi itu ketika membacakan pernyataan saksinya setebal 63 muka surat pada perbicaraa­n kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Loo menambah Jho Low turut memberitah­unya agar tidak mengambil sebarang tindakan (mengenai kemasukan wang ke dalam akaun Najib) kerana dia akan menguruska­n segala-galanya.

Bagaimanap­un, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib membantah pernyataan Loo mengenai bukti-bukti yang didakwa dimiliki oleh

Jho Low atas alasan ia adalah dengar cakap.

Terdahulu, Loo berkata beliau sering melihat Najib dan Jho Low bersama dan berada berdekatan di tempat sama dalam programpro­gram atau acara yang berkaitan dengan 1MDB dan lelaki itu juga menyimpan kepala surat Pejabat Perdana Menteri kosong untuk kegunaanny­a.

“Kepala surat kosong berkertas kuning itu disimpan dalam satu sampul untuk kegunaan Jho Low sekiranya perlu. Sebagai contoh, saya pernah melihat surat tersebut berkenaan pelantikan Mohd

Hazem Abd Rahman (bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB) yang disediakan di rumahnya di Jalan Kia Peng, di sini dan Jho Low memberitah­u saya dia akan membawa surat itu kepada Datuk Seri Najib untuk ditandatan­gani.

“Satu lagi contoh adalah ketika Datuk Seri Najib menghadiri Sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. Ketika itu, Jho Low juga berada di sana untuk menunggu dan menyusun mesyuarat Datuk Seri Najib dengan pelabur Amerika Syarikat dengan kerjasama Goldman Sachs dan saya diarahkan (oleh Jho Low) untuk menghadiri mesyuarat tersebut dan melaporkan semula kepadanya berkenaan perkara yang dibincangk­an,” katanya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunaka­n kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitka­n jumlah yang sama. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIDAKWA LAGI: Najib ketika hadir bagi prosiding sambung bicara kes penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapiny­a di Mahkamah Tinggi semalam.
— Gambar Bernama DIDAKWA LAGI: Najib ketika hadir bagi prosiding sambung bicara kes penyelewen­gan dana 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) yang dihadapiny­a di Mahkamah Tinggi semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia