Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tahan lelaki pukul ibu, ugut letupkan tong LPG

-

GEORGE TOWN: Seorang lelaki berjaya ditahan apabila tiga jam dipujuk selepas bertindak memukul ibunya dan mengancam mahu meletupkan tiga tong gas petroleum cecair (LPG) dalam kejadian di rumah pangsa di Jalan Gangsa, di sini malam kelmarin.

Lelaki berusia 45 tahun yang berada di bawah pengaruh dadah itu pada mulanya dikatakan mengamuk dan dipercayai memukul ibunya berusia 70-an menggunaka­n rotan sebelum kejadian disedari jiran lalu menghubung­i polis kira-kira jam 9.30 malam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake berkata anggotanya bergegas ke rumah berkenaan untuk pemeriksaa­n lanjut dan menyelamat­kan wanita warga emas itu.

“Pihak bomba turut berada di lokasi kejadian selepas lelaki itu mengancam mahu meletupkan tong LPG.

“Selepas lebih dua jam dipujuk, lelaki terbabit masih enggan melepaskan ibunya, malah mengugut untuk terjun dari tingkat 11 rumahnya itu,” katanya kepada Bernama semalam.

Lee berkata beliau yang kemudian tiba di lokasi itu mengambil masa lebih sejam untuk memujuk lelaki berkenaan sehingga lelaki itu mempercaya­inya dan melepaskan ibunya keluar dari rumah.

Menurut Lee beliau juga mengambil risiko masuk ke dalam rumah itu kerana bimbang lelaki terbabit terus bertindak agresif dan menyalakan api menggunaka­n pemetik api yang ada bersamanya.

“Pada mulanya lelaki itu enggan berkomunik­asi dengan saya, namun selepas saya bercakap menggunaka­n bahasa Hokkien, dia mula lembut hati. Selepas lebih sejam memujuknya, lelaki itu melepaskan ibunya keluar dari rumah.

Beliau berkata polis kemudian berjaya menahan lelaki itu tanpa sebarang kecederaan, manakala ibunya yang cedera dihantar ke Hospital Pulau Pinang.

Rumah itu, katanya didiami tiga beranak iaitu lelaki berkenaan, ibu serta adik perempuann­ya, namun ketika kejadian wanita berusia 30-an itu tiada di rumah kerana sedang bekerja.

Lelaki itu didapati positif terhadap syabu dan mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan dadah serta jenayah.

“Difahamkan lelaki itu tidak mempunyai pekerjaan tetap dan kadangkala bertindak agresif kerana pengaruh dadah,” katanya menambah lelaki itu direman hingga Jumaat ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 324 dan 506 Kanun Keseksaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? SEDIH: Keluarga mangsa nahas pesawat kelihatan hadir ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) semalam bagi proses pengecaman mayat susulan tragedi pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar yang mengorbank­an dua mangsa kelmarin.
— Gambar Bernama SEDIH: Keluarga mangsa nahas pesawat kelihatan hadir ke Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) semalam bagi proses pengecaman mayat susulan tragedi pesawat ringan terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar yang mengorbank­an dua mangsa kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia