Utusan Borneo (Sarawak)

Empat lelaki didakwa bunuh rakan sekerja

-

JOHOR BAHRU: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang rakan sekerja mereka di sebuah kelab malam di Jalan Dato Abdullah Tahir di sini, awal bulan ini.

Poh Kien Huat, 28, Mohamad Ashiq Othman, 31, Wong Sew Hau, 48, dan Lim Wee Huang, 32, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin, namun tiada pengakuan direkodkan kerana kes di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Keempat-empat mereka didakwa dengan niat bersama-sama membunuh Hah

Chun Fai, 24, di sebuah pejabat di kelab malam itu antara 2.30 pagi hingga 11.15 pagi, 4 Feb lepas.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman mati atau penjara tidak kurang 30 tahun tetapi tidak lebih 40 tahun dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah juga dihukum dengan minimum 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi mendapatka­n laporan kimia, bedah siasat dan perubatan.

Sementara itu, di satu lagi Mahkamah Majistret di sini, Poh dan dua lagi lelaki iaitu Loh Kah Chye, 29, dan Lau Ngie Fong, 37, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan bersama-sama mengurung secara salah mangsa yang sama, di bilik sebuah kelab malam di Taman Sutera Utama di sini, antara 2 pagi hingga 2.20 pagi, 4 Feb lepas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau keduaduany­a, jika sabit kesalahan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh seorang rakan sekerja mereka di sebuah kelab malam di Jalan Dato Abdullah Tahir awal bulan ini.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Empat lelaki didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh seorang rakan sekerja mereka di sebuah kelab malam di Jalan Dato Abdullah Tahir awal bulan ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia