Utusan Borneo (Sarawak)

Real Madrid bawa kelebihan satu gol untuk aksi kedua

Menang 1-0 ke atas pasukan RB Leipzig pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di Leipzig

-

“Kami tidak dapat mengawal permainan tetapi kami bermain dengan baik. Saya berasa gembira untuk dapat membantu pasukan – kami akan terus menunjukka­n bahawa kami adalah pasukan ” yang hebat.

LEIPZIG: Brahim Diaz menjaringk­an satu gol solo cantik ketika Real Madrid menang 1-0 di RB Leipzig dalam perlawanan pertama pusingan kedua Liga JuaraJuara pada Selasa.

Leipzig beraksi dengan memberangs­angkan namun gagal menyempurn­akan peluang, sesuatu yang kerap berlaku ketika melakukan penyudah akhir.

Pasukan tuan rumah menerima padah di atas kegagalan itu apabila Diaz membuka jaringan pada awal separuh masa kedua.

Diturunkan mengisi tempat Jude Bellingham yang mengalami kecederaan, Diaz melepasi lima pemain pertahanan Leipzig sebelum melakukan rembatan lencong yang menerjah jaring.

“Saya mengikut gerak hati,” kata Diaz ketika bercakap tentang golnya. “Saya melihat Vini (Vinicius Junior) dan mahu mengumpan bola kepadanya tetapi pada akhirnya, saya cuba melakukan rembatan dan ia adalah gol yang menarik.”

“Kami tidak dapat mengawal permainan tetapi kami bermain dengan baik,” tambah Diaz.

“Saya berasa gembira untuk dapat membantu pasukan – kami akan terus menunjukka­n bahawa kami adalah pasukan yang hebat.”

Kemenangan ini adalah yang ketujuh dari tujuh perlawanan dalam kejohanan ini musim ini dan meletakkan mereka di kedudukan selesa untuk melangkah ke peringkat suku akhir buat musim keempat berturut-turut.

Real bertandang ke Saxony tanpa bintang tengah, Bellingham, yang mengalami kecederaan ketika kemenangan 4-0 ke atas Girona dalam aksi La Liga Sepanyol Sabtu lepas.

Tanpa pemain pertahanan utama, Antonio Ruediger, David Alaba dan Eder Militao yang juga cedera, jurulatih Real, Carlo Ancelotti memilih untuk terus meletakkan

Brahim Diaz Pemain Real Madrid

pemain tengah, Aurelien Tchouameni di posisi pertahanan tengah.

Walaupun dengan masalah kecederaan pemain, Real berkelebih­an lima mata di singgahsan­a liga dan hanya tewas dua kali musim ini dalam semua pertanding­an, kedua-dua kekalahan adalah kepada kelab jiran, Atletico Madrid.

Jurulatih Leipzig, Marco Rose, berkata pada Selasa di mana pasukannya “tidak gentar” dengan Real Madrid, selepas menewaskan Real 3-2 di venue yang sama pada Oktober 2022.

Mereka memulakan permainan dengan penuh semangat dan ada menjaringk­an gol seawal minit ketiga tetapi gol tidak dibenarkan kerana dikatakan ofsaid, dalam satu keputusan kontrovers­i ketika pemainnya, Benjamin Henrich dikatakan mengganggu penjaga gol lawan.

Leipzig mencipta beberapa lagi peluang tetapi gagal melakukan penyudah tepat, terutama sekali dari penyerangn­ya, Benjamin Sesko, memastikan Real menarik nafas lega.

Selain dari rembatan jarak jauh yang biasa dilakukan Toni

Kroos berjaya diselamatk­an penjaga gol Leipzig, Peter Gulacsi, Real tidak mencipta banyak peluang dalam separuh masa pertama.

Peluang terbaik mereka sebelum rehat ialah apabila satu hantaran lambung Vinicius Junior gagal sampai kepada Rodrygo dalam kotak penalti.

Namun kegagalan pasukan tuan rumah menyempurn­akan peluang dihukum dengan kelicikan Diaz yang berjaya melepasi beberapa pemain Leipzig sebelum merembat ke pintu gol.

Gol itu membakar semangat pemain tuan rumah, dengan Dani Olmo hampir mengikat kedudukan apabila dua kali menguji penjaga gol Real, Andriy Lunin.

Real hampir menambah jaringan ketika berbaki 20 minit permainan namun rembatan Vinicius terkena palang.

Perlawanan kedua akan berlangsun­g di Madrid pada 6 Mac. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara perlawanan pertama pusingan kedua di antara RB Leipzig dan Real Madrid di Leipzig.
— Gambar AFP AKSI HANGAT: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan Liga Juara-Juara perlawanan pertama pusingan kedua di antara RB Leipzig dan Real Madrid di Leipzig.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia