Utusan Borneo (Sarawak)

Todibo bercakap mengenai masa depannya di EPL

-

PARIS: Pemain pertahanan kelab Nice, Jean-Clair Todibo, bercakap tentang masa depannya ekoran spekulasi perpindaha­n ke kelab dari Liga Perdana Inggeris.

Todibo dilaporkan menjadi buruan beberapa kelab Liga Perdana Inggeris, dengan Manchester United dan Chelsea dikaitkan dengan pembelian pemain pertahanan tengah itu pada musim panas akan datang ini.

Tottenham Hotspur ada membuat pertanyaan untuk cuba mendapatka­n pemain antarabang­sa Perancis itu bulan lepas sebelum mengalih perhatian kepada pemain kelab Genoa, Radu Dragusin.

Todibo menyerlah ketika Nice memburu kelayakan ke Liga Juara-Juara musim ini, dengan kelab hanya bolos 11 gol dalam 20 perlawanan Ligue 1.

Pemain berusia 24 tahun itu membuat penampilan dalam skuad senior Perancis pada bulan September dan akan memburu satu tempat dalam skuad kebangsaan yang akan beraksi di Euro 2024.

Todibo berkata minggu ini di mana fokusnya ialah musim yang berjaya di Nice tetapi enggan menolak sebarang perpindaha­n pada akhir musim.

“Saya berada di Nice dan kami mengharung­i musim yang hebat. Saya tidak berfikir tentang tempat lain. Jika saya melakukann­ya, ia akan menjadi sukar bagi saya secara peribadi dan juga kepada pasukan,” katanya.

“Saya berasa cukup bagus di Nice. Kita akan lihat apa yang akan berlaku pada musim panas tetapi kami masih belum sampai ke peringkat itu. Saya tidak mahu mengganggu fikiran saya. Saya tidak mahu memberikan harapan palsu, saya berada di sini di Nice.

“Bola sepak berubah dengan cepat, anda tidak tahu apa yang akan berlaku. Saya akan menunggu sehingga musim panas untuk membuat keputusan.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia