Utusan Borneo (Sarawak)

Eriksson akan bimbing pasukan legenda Liverpool

-

LONDON: Sven-Goran Eriksson menggapai impian sejak sekian lama untuk membimbing kelab Liverpool, dengan kelab mengesahka­n bahawa dia akan membimbing pasukan legenda kelab untuk satu perlawanan amal.

Eriksson akan menjadi sebahagian dari pasukan pengurusan di Anfield bersama-sama Ian Rush, John Barnes dan John Aldridge apabila bintang legenda Liverpool menentang Ajax bulan hadapan.

Bekas jurulatih kebangsaan England itu baru-baru ini mendedahka­n berita menyedihka­n di mana dia dikesan dengan barah dan berkata cita-cita sejak sekian lama tidak pernah dicapai ialah untuk menjadi jurulatih kelab yang dia sokong.

Ia menyebabka­n kepada kempen atas talian daripada penyokong untuk membolehka­n Eriksson membimbing skuad legenda Liverpool pada perlawanan tahunan untuk Yayasan kelab pada 23 Mac akan datang.

“Semua yang mempunyai pertalian dengan kelab dan Yayasan Liverpool tidak sabar untuk mengalu-alukan penyokong Liverpool, Sven dan keluargany­a ke Anfield - dan melihat dia di tepi padang pada hari perlawanan - untuk majlis mengumpul dana,” menurut kenyataan kelab Liverpool.

Eriksson boleh menjangkak­an menjadi tetamu kehormat. Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp juga membuka pintu untuk Erikssonn menghabisk­an masa bersamanya di pusat latihan AXA apabila keadaan membenarka­n.

Bercakap bulan lepas, Klopp berkata: “Dia amat dialu-alukan untuk datang ke sini dan dia boleh duduk di kerusi dalam pejabat saya dan melakukan tugas saya untuk sehari jika dia mahu.

“Ia jelas satu berita menyedihka­n apabila saya mendengar tentang penyakitny­a. Saya mendengarn­ya buat kali pertama di mana dia menyukai Liverpool dan sudah merupakan penyokong sepanjang hayatnya dan saya mendengar sekarang tentang perlawanan amal. Saya tidak mempunyai kaitan dengan perlawanan itu, jadi saya tidak dapat berkata apa-apa mengenainy­a tetapi dia boleh datang dan mempunyai masa yang hebat di sini.”

Ia bukan kali pertama Eriksson berada di Anfield sebagai jurulatih.

Dia adalah jurulatih England apabila mereka bermain di Anfield ketika menentang Paraguay pada April 2002 dan menentang Uruguay pada 2006.

Sebelum perlawanan, dia ada bercakap tentang bagaimana dia begitu tertarik dan terpengaru­h dengan bilik persalinan Anfield. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia