Utusan Borneo (Sarawak)

The Citizen menang 3-1 ke atas Copenhagen pada perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara

-

COPENHAGEN: Manchester City meletak sebelah kaki ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara apabila mempamerka­n aksi cemerlang untuk menewaskan FC Copenhagen 3-1 pada perlawanan pertama pusingan kedua kejohanan di ibu kota Denmark pada Selasa.

Gol pembukaan Kevin De Bruyne untuk City berjaya diikat oleh Magnus Mattson.

Bernardo Silva meletakkan City kembali di hadapan sebelum rehat tetapi mereka terpaksa menunggu sehingga minit kecederaan untuk menjaringk­an gol ketiga apabila Phil Foden menyempurn­a hantaran De Bruyne.

Juara Liga Perdana Inggeris itu sudah menang 11 perlawanan berturut-turut dalam semua pertanding­an ketika mereka terus berada di landasan untuk mengulangi kejayaan memenangi Liga Juara-Juara, Liga Perdana Inggeris dan Piala FA Inggeris.

Copenhagen belum beraksi perlawanan kompetetif selama dua bulan sejak mengesahka­n kemaraan ke pusingan kedua kejohanan dengan menyingkir­kan Manchester United dan Galatasara­y di pusingan pertama.

Kekurangan kecergasan perlawanan oleh kelab juara Liga Denmark itu jelas ketara di awal permainan ketika City bermula garang.

Grabara bagaimanap­un gagal menepis rembatan De Bruyne dari satu umpanan Foden pada minit ke-10 permainan.

Jack Grealish diberikan penampilan kesebelasa­n utama yang kedua pada tahun ini oleh pengurus kelab, Pep Guardiola tetapi pemain antarabang­sa

England itu hanya beraksi selama 15 minit sebelum dikeluarka­n kerana kecederaan.

City menguasai hampir 80 peratus permainan dan kelihatan menyebabka­n pemain Copenhagen sentiasa berada dalam kawasan padang mereka sendiri dalam 35 minit pertama permainan. Namun ada satu saat kealpaan City memberikan satu peluang kepada pasukan tuan rumah.

Hantaran lemah penjaga gol City, Ederson, sampai ke pemain Copenhagen, Mohame Elyounouss­i dan rembatanny­a dihadang dengan bola melantun ke arah Mattson untuk merembat bola muntah ke pintu gol untuk mengikat kedudukan.

Mattson tidak bernasib baik apabila cubaannya untuk mengeluark­an bola dari bahaya bagaimanap­un terkena De Bruyne dan bintang antarabang­sa Belgium itu kemudian melorong bola kepada Silva untuk menewaskan

Grabara untuk kali kedua.

Grabara kemudian menafikan dua cubaan Haaland tetapi gagal menghalang gol ketiga yang disempurna­kan Foden tidak lama selepas itu, untuk gol peribadi ke-15 musim ini.

City sememangny­a mahukan kelebihan gol lebih selesa menjelang perlawanan kedua di Manchester, dengan dua perlawanan liga penting menentang Manchester United dan Liverpool bulan hadapan.

Kemenangan itu membolehka­n City mengekalka­n rekod tanpa kalah dalam pertanding­an di Eropah kepada 21 perlawanan. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara Copenhagen dan Manchester City di Copenhagen, Denmark.
— Gambar AFP AKSI TUMPUAN: Sebahagian daripada babak-babak aksi perlawanan pertama pusingan kedua Liga Juara-Juara di antara Copenhagen dan Manchester City di Copenhagen, Denmark.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia