Utusan Borneo (Sarawak)

Cooper, Southgate pilihan gantikan Hodgson kendali Crystal Palace

-

LONDON: Kelab Crystal Palace mengenal pasti bekas pengurus Nottingham Forest, Steve Cooper dan jurulatih kebangsaan England, Gareth Southgate sebagai potensi pengganti jangka panjang kepada Roy Hodgson, menurut laporan.

Hodgson 76, mengharung­i musim yang sukar selepas bermula dengan memberangs­angkan. Dan kerana prestasi hambar itu, Palace tercicir dengan hanya lima mata di atas zon penyingkir­an selepas tewas kepada Arsenal dan Brighton.

Kemenangan ke atas Chelsea pada perlawanan di Selhurst Park akan menceriaka­n sedikitkem­arahanpeny­okong yang mahu melihat Hodgson dipecat dan Palace sudah mula mengenali potensi pengganti, seperti dilaporkan oleh akhbar tempatan.

Cooper ketika ini tanpa pekerjaan selepas dipecat oleh Nottingham Forest pada bulan Disember dan diganti oleh bekas pengurus Wolves, Nuno Espirito Santo.

Bagaimanap­un, dia dijangka kekal dalam Liga Perdana dan boleh menjadi pilihan jangka panjang di Palace, dengan kelab mahu mengelak membawa masuk seorang lagi pengurus untuk satu tempoh yang singkat.

Pengurus berusia 44 tahun itu dikagumi oleh pemilik Palace, Steve Parish, walaupun kelab lebih suka menunggu sehingga musim panas untuk melantik pengurus baharu berbanding pada pertengaha­n musim.

Southgate juga dalam pertimbang­an, tetapi dilihat sebagai pelantikan tidak realistik kerana komitmenny­a masih kepada skuad kebangsaan England.

Dia mungkin boleh dirisik selepas Euro 2024 di Jerman dan pernah sebelum ini dibayangka­n akan membimbing sebuah kelab Liga Perdana dengan satu-satu pengalaman membimbing kelab ialah di Middlesbro­ugh.

Bagaimanap­un, Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris berhasrat untuk cuba melanjutka­n kontrak Southgate tidak kira apa pencapaian England di Euro 2024.

Palace juga mempunyai minat sejak sekian lama kepada jurulatih kebangsaan Portugal, Paulo Fonsenca dan sebelum ini pernah cubas membawanya ke Selhurst Park.

Fonsenca ketika ini membimbing kelab Lille dalam Ligue 1 Perancis selepas tiba dua tahun lepas dan dijangka akan meninggalk­an kelab pada akhir musim ini jika ada kekosongan dalam Liga Perdana Inggeris. — AFP

 ?? ?? HODGSON
HODGSON
 ?? ?? COOPER
COOPER
 ?? ?? SOUTHGATE
SOUTHGATE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia