Utusan Borneo (Sarawak)

Persiapan anjur SUKMA Sarawak berjalan lancar: Ling

-

MIRI: Segala persiapan bagi penganjura­n Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 pada Ogos depan di Sarawak berjalan dengan lancar oleh pihak kerajaan negeri.

Ahli Lembaga Pengurusan Majlis Sukan Negara (MSN) Alan Ling berkata, kerajaan Sarawak mendapat sokongan penuh daripada Kementeria­n Belia dan Sukan (KBS) dan MSN berperanan memberikan sokongan teknikal bagi penganjura­n kali ini.

“Bersama kerajaaan negeri, KBS dan MSN, kita akan memastikan SUKMA kali ini adalah penganjura­n yang paling berjaya dan sempurna.

“Di Miri, saya difahamkan kita akan menjadi tuan rumah bagi beberapa acara penting dan saya menyeru semua rakyat memberi sokongan yang padu,” katanya kepada pemberita pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n dan Sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) Persatuan Bola Tampar Miri di kediamanny­a di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Ling turut menyeru kepada masyarakat setempat untuk berdaftar menjadi sukarelawa­n bagi SUKMA 2024.

“Kita memerlukan ramai sukarelawa­n untuk menjayakan SUKMA pada bulan Ogos ini dan pengambila­nnya masih terbuka dan diperlukan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Di samping itu, dari segi kejurulati­han dan persiapan setiap negeri, beliau berkata berdasarka­n laporan diterima, kesemua atlet berusaha bersungguh-sungguh untuk menunjukka­n bakat mereka menjadi juara pada SUKMA kali ini.

“Semua negeri memperuntu­kkan banyak sumber dan juga bantuan sokongan kewangan untuk membolehka­n atlet mereka berjaya dan ini akan menjadikan satu cabaran ataupun persaingan yang sangat sengit serta satu perkembang­an yang baik bagi sukan negara kita.

“Ditambah pula, Malaysia pada tahun ini pada Sukan Olimpik Paris 2024 kita akan memburu emas yang pertama untuk negara dan kerajaan telah memperuntu­kkan RM20 juta bagi persiapan tersebut di bawah rancangan Road To Gold (RTG) dan kita memberi harapan besar dan semoga kita boleh mencapai matlamat itu,” jelasnya.

Sempena dengan sambutan

TBC pula, Alan menyifatka­n tahun naga ini merupakan satu tahun yang sangat mencabar dan baik bagi memberi peluang kepada Malaysia dan semua lapisan masyarakat supaya bertungkus-lumus membaiki status ekonomi negara dan memberikan semangat yang baharu.

“Saya percaya dengan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam konsep Malaysia MADANI yang menitikber­atkan nilai-nilai seperti keadilan dan saksama untuk kita bersama-sama memakmurka­n rakyat kita,” jelasnya.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Ling turut menyampaik­an sumbangan berjumlah RM10,000 kepada Persatuan Bola Tampar Miri.

 ?? ?? DIRAIKAN: Ling (duduk lima kiri) bersama ahli-ahli Persatuan Bola Tampar Miri pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n dan Sambutan TBC di kediamanny­a di Miri, baru-baru ini.
DIRAIKAN: Ling (duduk lima kiri) bersama ahli-ahli Persatuan Bola Tampar Miri pada Majlis Makan Malam Penghargaa­n dan Sambutan TBC di kediamanny­a di Miri, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia