Utusan Borneo (Sarawak)

Bakal pengantin reda persiapan hari bahagia musnah dalam kebakaran

-

“Semua dokumen dan persiapan hari bahagia kami musnah dalam kebakaran dan tinggal abu,” itu luahan bakal pengantin Noor Sahrimah Romi, 24, dari Kampung Bakol.

Beliau yang berada di bandar ketika kejadian tidak dapat menahan perasaan sebaik dimaklumka­n ahli keluarga mengenai kebakaran yang berlaku petang Selasa lepas.

“Kalau diikutkan perasaan memang sedih apabila mengenangk­an kejadian ini, lebih-lebih ketika menghitung hari bahagia untuk saya disatukan bersama bakal suami tidak lama lagi.

“Luluh hati apabila melihat api sudah marak dan meranapkan dua tingkat rumah kami,” katanya kepada media di sini, semalam.

Selain Noor Sahrimah, rumah berkenaan turut didiami enam penghuni lain membabitka­n tiga keluarga.

Kesemua mereka tidak sempat menyelamat­kan harta benda susulan api yang marak begitu pantas akibat cuaca panas yang melanda ketika ini.

Noor Sahrimah bagaimanap­un reda dengan musibah yang berlaku, lebihlebih lagi menjelang hari perkahwina­nnya malah bulan Ramadan tidak lama lagi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, kerajaan amat memahami masalah penduduk terutama mereka yang ditimpa musibah melalui pelbagai bantuan yang disediakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota itu menambah, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian

Limbang turut menyalurka­n bantuan berjumlah RM8,000 untuk barangan dapur dan peralatan membina rumah, bantuan Baitulmal serta bantuan daripada kerajaan negeri serta persekutua­n.

“Selain bantuan daripada JKM dan Baitulmal, sejak beberapa tahun ini kita ada bantuan untuk mengganti rumah yang terbakar di bawah kerajaan negeri dengan kos yang ditetapkan RM70,000 merangkumi tiga bilik, sebuah ruang tamu dan juga dapur.

 ?? PRIHATIN: ?? Dr Abdul Rahman (tengah) ketika menyerahka­n bantuan JKM kepada mangsa kebakaran di Kampung Bakol, semalam.
PRIHATIN: Dr Abdul Rahman (tengah) ketika menyerahka­n bantuan JKM kepada mangsa kebakaran di Kampung Bakol, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia