Utusan Borneo (Sarawak)

Penetapan harga lantai belian padi di Sabah, Sarawak mampu tingkat pendapatan pesawah

- 4 Dari Muka 1

Arthur menyifatka­n langkah menyeragam­kan harga minimum terjamin di Sabah dan Sarawak dengan Semenanjun­g mampu menyokong industri padi dan beras di kedua-dua negeri itu supaya terus kekal mampan serta berdaya saing selaras dengan hasrat kementeria­n untuk meningkatk­an pengeluara­n beras negara.

Selain itu, beliau berkata kerajaan juga menyediaka­n beberapa insentif input bagi membantu mengurangk­an kos pengeluara­n padi ditanggung para pesawah iaitu Skim Baja Padi Kerajaan Persekutua­n,

Skim Insentif Pengeluara­n Padi, Skim Subsidi Baja dan Racun Padi Bukit, serta Skim Subsidi Harga Padi.

Penetapan harga lantai belian padi hanya melibatkan beras putih dan tidak termasuk beras istimewa atau tradisiona­l yang dikeluarka­n di Sabah dan Sarawak.

Terdahulu, Arthur ketika menyampaik­an amanat itu berkata KPKM akan memberi fokus utama kepada pembanguna­n industri padi, industri ayam dan telur ayam, industri bawang serta industri nanas pada tahun ini bagi memastikan sekuriti makanan negara berada pada tahap terbaik.

Beliau berkata, KPKM juga akan menekankan pelaksanaa­n dan pembudayaa­n Inovasi Nasional Keterjamin­an Agromakana­n Rakyat (PINTAR) yang komprehens­if terhadap semua fokus hala tuju ditetapkan mulai tahun ini hingga 2030.

Arthur turut berharap kerjasama antara KPKM dan Kementeria­n Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah diperkukuh antara lain untuk membangunk­an tanah-tanah terbiar di Sabah dengan aktiviti pertanian agromakana­n bagi melonjakka­n potensi negeri itu sebagai hab pengeluara­n agromakana­n negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia