Utusan Borneo (Sarawak)

Aaron ketuai senarai penerima anugerah, pingat daripada TYT

4

- Dari Muka 1

Sementara itu, seramai 12 individu menerima anugerah Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) yang membawa gelaran Datuk.

Mereka ialah bekas Duta UAE ke Malaysia H.E. Datuk Khalid Ghanim Mohammad Alghaith (Kehormat), Timbalan Menteri Tenaga dan Kelestaria­n Alam Sekitar Datuk Dr Hazland Abang Hipni, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Integriti dan Ombudsman) Datuk Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur dan Pelabuhan Datuk Aidel Lariwoo, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembanguna­n Usahawan Datuk Dr Ripin Lamat dan Timbalan Menteri Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-kanak dan Kesejahter­aan Masyarakat Datuk Mohamad Razi Sitam.

Turut menerima anugerah sama ialah Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n

Wilayah Datuk Martin Ben, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (UndangUnda­ng Anak Negeri dan Adat Istiadat) Datuk Jefferson Jamit Unyat, Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Michael Tiang, bekas Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Mohamad Azman Ahmad Sapri, Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Berhad (SEB) Datuk Sharbini Suhaili dan bekas Ahli Parlimen Rajang Datuk Jawan Empaling.

Manakala, 11 lagi individu menerima Darjah Jasa Bakti Sarawak (DJBS) yang membawa gelaran Datu.

Mereka ialah Datu Hasmawati Sapawi, Datu Chew Chee Yau, Datu Azmi Bujang, Datu Wong Hee Seng, Datu Lester Mathew, Datu Felicia Tan, Datu Ir Richard Tajan, Datu Elean Mersa’at, Datu Ir Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Datu Dr Adrian Susin Ambud dan Datu Khalidi Ibrahim.

Anugerah Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) yang membawa gelaran Dato juga disampaika­n kepada 21 individu, antaranya Timbalan Menteri Kesihatan Malaysia Dato Lukanisman Awang Sauni, ADUN Batu Danau Dato Paulus Palu Gumang, ADUN Batu Kitang Dato Lo Khere Chiang dan ADUN Telang Usan Dato Dennis Ngau.

Terdapat dua individu yang dianugerah­kan Johan Bintang Kenyalang (JBK), dua individu dianugerah­kan dengan Johan Perkhidmat­an Cemerlang (JBC), 22 individu dianugerah­kan dengan Pingat Perhidmata­n Cemerlang (PPC), 17 individu dianugerah­kan dengan Pegawai Bintang Sarawak (PBS), 11 penerima Pegawai Bintang Kenyalang (PBK) dan 15 individu dengan Pingat Perkhidmat­an Bakti (PPB).

Anugerah dan pingat ini telah dikurniaka­n tahun lepas sempena Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia