Utusan Borneo (Sarawak)

Ops Selamat 21 di Lubok Antu kesan enam kesalahan utama

-

Enam kesalahan utama telah dititikber­atkan dan dipantau sepenuhnya sepanjang Ops Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina di sini.

Ketua Polis Daerah (KPD) Lubok Antu DSP Victor Ripon berkata, selain itu pemantuan di lokasi berisiko tinggi dan kerap berlaku kemalangan turut diberikan penekanan.

“Fokus atau pemantauan kesalahan yang diberikan perhatian oleh pihak polis sepanjang Ops Selamat 21 ini adalah memotong barisan, memotong di garisan berkembar, tidak mematuhi lampu isyarat, memandu melebihi had laju, penggunaan telefon bimbit semasa memandu dan memotong di lorong kecemasan.

“Bagi lokasi ‘hotspot’ pula, pemantauan telah dilaku

kan di Kilometer (KM) 32 Jalan Sri Aman-Sarikei dan KM36 Jalan Lubok Antu-Sri Aman.

“Bagi memastikan pengguna jalan raya sentiasa mematuhi undang-undang dan peraturan, IPD Lubok Antu dari Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik

turut memberikan advokasi atau kempen secara ringkas kepada para pengguna jalan raya berkaitan dengan kesedaran keselamata­n jalan raya,” katanya kepada media, kelmarin.

Menurut Victor, pihaknya turut mengambil kesempatan mendekati para pengguna jalan raya dengan memberikan nasihat tentang kepentinga­n mengutamak­an keselamata­n dan rancang perjalanan.

“Selain itu, kita menasihatk­an pengguna jalan raya agar bersabar serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik sebelum memulakan perjalanan.

“Sewajarnya, pematuhan peraturan dan undangunda­ng di jalan raya ini tidak hanya difokuskan pada musim perayaan sahaja tetapi harus diamalkan sepanjang masa untuk mengelakka­n sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku,” jelas Victor lagi.

Tiga pegawai kanan yang disokong 16 anggota pelbagai pangkat dari IPD Lubok Antu telah terlibat dalam Ops Selamat 21 sempena Tahun Bhaaru Cina pada tahun ini.

 ?? ?? BERHATI-HATI: Victor meluangkan masa bersama dengan anggotanya semasa Ops Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina.
BERHATI-HATI: Victor meluangkan masa bersama dengan anggotanya semasa Ops Selamat 21 sempena Tahun Baharu Cina.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia