Utusan Borneo (Sarawak)

Empat suspek jenayah samseng di Pakan ditahan reman: Andam

Gengsteris­me di Julau terkawal, polis jalankan operasi berterusan “Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

- Oleh Kepu Sidi DSP Andam Sulin Ketua Polis Daerah Julau

JULAU: Empat suspek telah ditahan reman polis di Julau pada 11 Februari lalu bagi membantu siasatan kes jenayah samseng yang dilaporkan berlaku di Pakan, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Julau DSP Andam Sulin mengesahka­n perkara itu ketika dihubungi media, semalam.

Menurutnya, laporan polis telah dibuat pada hari yang sama.

“Kesemua suspek ditahan dan direman pada hari yang sama laporan polis dibuat.

“Kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah,” ujarnya.

Andam dihubungi media ketika diminta mengulas kenyataan Ahli Parlimen Julau Larry Sng di laman Facebookny­a semalam yang mendakwa beliau terserempa­k dengan beberapa samseng yang ingin membuat kacau ketika beliau melawat masyarakat Cina yang menyambut Tahun Baharu Cina di Julau.

Menjawab situasi gengsteris­me di Julau, Andam berkata, ia masih lagi terkawal dan pihak polis akan terus giat menjalanka­n operasi berterusan bagi membantera­s kegiatan tersebut.

Sementara itu, menurut Larry dalam laman Facebookny­a, beliau menyedari bahawa pekan luar bandar yang dahulunya aman damai itu kini sudah menyerupai pekan koboi.

“Di Julau, selain perjudian dalam talian, aktiviti haram telah berkembang kepada penjualan dadah, rokok seludup dan minuman keras serta pinjaman wang haram.

“Berdasarka­n kepada maklumat yang kita terima daripada masyarakat, samseng-samseng tersebut telah memaksa pemilik kedai kopi tempatan membeli barangan seludup mereka di Pakan dan Julau dan telah meraih keuntungan daripada pekedai.

“Mereka yang menentang telah diugut secara paksa.

“Dalam satu contoh, beberapa bulan lalu, ‘batu’ dijual di khalayak ramai di pekan Julau untuk menunjukka­n mereka tidak boleh disentuh,” katanya dalam catatan tersebut.

Larry turut mendakwa beliau dimaklumka­n bahawa beberapa penjawat awam dan tuai rumah yang telah berhutang terdesak untuk menjual tanah mereka dan meminjam wang untuk membayar balik samseng terbabit yang mengenakan kadar faedah yang amat tinggi.

Katanya, ramai penjawat awam dan tuai rumah ini tidak mampu membayar balik dan sering diancam dengan kekerasan.

“Isu ini wajar dibanteras dengan segera agar ia tidak menjadi parah dan tindakan undang-undang perlu diambil ke atas golongan samseng ini,” ujar Larry lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia