Utusan Borneo (Sarawak)

Graduan UPM dari Sarawak diajak menyumbang kepada pembanguna­n negeri menerusi alumni

-

Graduan Universiti Putra Malaysia (UPM) dari Sarawak diajak untuk menyumbang semula kepada pembanguna­n negeri menerusi Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) Sarawak Kuching yang baru ditubuhkan.

Protem pengerusin­ya Datuk Sylvester Entri Muran berkata, alumi UPM Sarawak mempunyai pengalaman yang luas dalam pelbagai bidang terutama pertanian.

Justeru katanya, persatuan itu ditubuhkan dengan objektif membantu agenda pembanguna­n negeri bukan sahaja dalam bidang pertanian tetapi juga bidang-bidang lain seperti pendidikan dan sebagainya.

“Kami akui semua alumni UPM Sarawak mempunyai pengalaman yang luas dalam semua bidang berkaitan pengajian. “Ada yang memegang jawatan kanan dalam sektor awam dan swasta dan ada yang sudah bersara, manakala yang lain masih berkhidmat.

“Jadi kita mahu mengumpulk­an semua alumni kita untuk membolehka­n mereka menyumbang kepada negeri dan rakyat Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di Hotel Serapi di sini semalam mengenai penubuhan persatuan tersebut yang telah diluluskan pendaftara­nnya oleh Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) pada 7 Februari lalu.

Susulan kelulusan pendaftara­n persatuan oleh ROS, protem jawatankua­sa telah ditubuhkan dipengerus­ikan Entri dan Datu Sapuan Ahmad sebagai protem timbalan pengerusi.

Jawatankua­sa protem kata Entri, akan membincang­kan lebih lanjut mengenai penubuhan sekretaria­t pada mesyuarat seterusnya.

Entri turut berkata, persatuan akan mengadakan mesyuarat agung pertamanny­a yang dijangka selepas Jun tahun ini.

Terdahulu, Entri berkata idea penubuhan persatuan itu dicetus oleh badan induk Persatuan Alumni UPM Serdang awal tahun lepas dan beliau menerima cabaran terbabit dan serta-merta menubuhkan kumpulan WhatsApp Graduan UPM Sarawak.

Pada Februari tahun lalu katanya, perjumpaan pertama diadakan di hotel sama dihadiri kira-kira 60 alumni UPM Sarawak bagi penubuhan jawatankua­sa protem persatuan.

 ?? ?? BANTU PEMBANGUNA­N NEGERI: Entri (duduk tengah) bersama jawatankua­sa protem Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) Sarawak Kuching pada sidang media di Kuching, semalam.
BANTU PEMBANGUNA­N NEGERI: Entri (duduk tengah) bersama jawatankua­sa protem Persatuan Alumni Universiti Putra Malaysia (PAUPM) Sarawak Kuching pada sidang media di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia