Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak tetap bantu kurangkan kesan perubahan iklim

Biarpun populasi kecil, isu iklim adalah serius dan dari perspektif Sarawak, ia dilihat sebagai isu global: Abang Johari

- Oleh Hafizah Abdul Hamid

KUCHING: Sarawak tetap memainkan peranan untuk membantu mengurangk­an kesan perubahan iklim dan pelepasan karbon, meskipun bersaiz kecil dan mempunyai populasi yang sedikit.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, isu iklim merupakan sesuatu yang serius dan dari perspektif Sarawak, ia dilihat sebagai isu global.

“Saya dan rakan-rakan saya melihat Sarawak (dan memikirkan) cara membantu dunia, terutamany­a pulaupulau kecil.

“Mereka khuatir paras air meningkat dan seterusnya akan tenggelam. Kita (Sarawak) juga merupakan sebuah pulau, tetapi kita bernasib baik kerana Sarawak terletak di pulau ketiga terbesar di dunia iaitu Borneo,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Pelancaran InvestSara­wak dan Hari Perniagaan di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Abang Johari berkata, Sarawak mempunyai sumber air dan hujan yang banyak, serta cahaya matahari sepanjang tahun.

Malah katanya, dengan adanya banyak sungai dan iklim yang kondusif untuk tenaga boleh diperbahar­ui,

Sarawak bersedia untuk memanfaatk­an kelebihan itu dalam memerangi perubahan iklim.

“Tuhan sangat baik kepada Sarawak, kita mendapat hujan yang cukup. Ya, kita mempunyai banyak sungai.

Kita mempunyai cahaya matahari sepanjang tahun. Kita ada orang Sarawak yang boleh dilatih. Kita juga boleh mempelajar­i teknologi baharu.

“Jadi apa yang berlaku adalah saya memutuskan untuk menghasilk­an hidrogen. Ada (pihak) sangat skeptik, bahkan rakyat Sarawak sendiri turut mempersoal­kan perkara yang saya laksanakan.

Bagaimanap­un saya tetap mengambil risiko dan mula mempunyai projek perintis untuk menghasilk­an hidrogen,” katanya lagi.

Dengan adanya penghasila­n hidrogen secara meluas di negeri ini, Abang Johari berkata Sarawak akan bekerjasam­a dengan negara-negara anggota Kesatuan Eropah (EU) dari segi teknologi bagi membantu mengurangk­an kesan perubahan iklim.

Malah, beliau menyeru syarikat EU untuk menyertai Sarawak yang bukan sekadar menawarkan peluang pelaburan, tetapi turut menawarkan perkongsia­n dalam membina masa depan yang mampan dan makmur.

Tuhan sangat baik kepada Sarawak, kita mendapat hujan yang cukup. Ya, kita mempunyai banyak sungai. Kita mempunyai cahaya matahari sepanjang tahun. Kita ada orang Sarawak yang boleh dilatih. Kita juga boleh mempelajar­i teknologi baharu.

Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg Premier Sarawak

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? AMANAT: Abang Johari berucap pada Majlis Makan Malam Pelancaran InvestSara­wak dan Hari Perniagaan di Kuching, malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon AMANAT: Abang Johari berucap pada Majlis Makan Malam Pelancaran InvestSara­wak dan Hari Perniagaan di Kuching, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia