Utusan Borneo (Sarawak)

Abang Johari lancar InvestSara­wak, agensi promosi pelaburan negeri

-

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg secara rasminya melancarka­n InvestSara­wak, sebuah agensi promosi pelaburan negeri, dalam satu majlis di sini, malam kelmarin.

Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, InvestSara­wak yang berada di bawah kementeria­nnya iaitu Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa, Industri dan Pelaburan (MINTRED) merupakan satu inisiatif penting oleh kerajaan Sarawak untuk memudahkan urusan perniagaan.

Ia katanya, merupakan sebuah pusat sehenti (OSC) bertujuan untuk mengubah landskap pelaburan, menyelaras­kan kemudahan menjalanka­n perniagaan dan meningkatk­an tarikan perdaganga­n serta bakat.

“InvestSara­wak akan memainkan peranan penting sebagai fasilitato­r dan penasihat untuk memberikan pandangan tempatan yang tidak ternilai kepada semua pelabur, sama ada asing dan domestik,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Pelancaran InvestSara­wak dan Hari Perniagaan di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

InvestSara­wak katanya, juga akan mewujudkan hubungan serta peluang dan rakan kongsi pelaburan baharu di Sarawak.

Jelasnya, ia menekankan komitmen kerajaan Sarawak untuk memupuk iklim pelaburan yang menggalakk­an dan disokong oleh dasar mesra pelabur.

Mengulas mengenai Forum Hari Perniagaan, Awang Tengah berkata forum tersebut menyaksika­n penyertaan lebih 300 peserta, termasukla­h lebih 100 syarikat dari

Kesatuan Eropah (EU).

Menurutnya, tawaran unik Sarawak dan pasaran Eropah yang pelbagai menawarkan potensi besar untuk perkongsia­n saling menguntung­kan dalam pelaburan dan perdaganga­n.

”Sehingga tahun lepas, terdapat kira-kira 19 pelaburan EU di Sarawak, khususnya dari Belanda, Belgium dan Jerman yang berjumlah RM10.66 bilion dalam sektor seperti elektrik dan elektronik (E&E), logam asas

dan produk petroleum.

”Terdapat banyak peluang dalam pertanian, minyak dan gas pelanconga­n, perhutanan, produk kayu bernilai tinggi, perlombong­an dan sektor pembuatan hiliran,” katanya.

Hadir sama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian, Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi Dato Sri Julaihi Narawi serta Duta dan Ketua Delegasi EU ke Malaysia Michalis Rokas.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? LANCAR: Abang Johari ditemani Awang Tengah, Dr Sim dan Julaihi bersama tetamu kehormat lain menyaksika­n tayangan video selesai simbolik pelancaran InvestSara­wak, malam kelmarin.
— Gambar Chimon Upon LANCAR: Abang Johari ditemani Awang Tengah, Dr Sim dan Julaihi bersama tetamu kehormat lain menyaksika­n tayangan video selesai simbolik pelancaran InvestSara­wak, malam kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia