Utusan Borneo (Sarawak)

Usaha cemerlang Premier lancarkan kemajuan dan pembanguna­n Sarawak

-

Pengambila­lihan Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) dan MASWings serta pemeroleha­n saham majoriti dalam bank perdaganga­n adalah usaha cemerlang dan luar biasa daripada Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang.

Menurutnya, ia adalah langkah terbaik dalam mewujudkan persekitar­an yang komprehens­if untuk kemajuan dan pembanguna­n di negeri ini.

“Sebagai wakil rakyat di Tanjong Batu Bintulu, pengundi dan penyokong saya meletakkan kepercayaa­n kepada Premier untuk memimpin negeri ini ke arah kemajuan dan kemakmuran,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan aluan pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu di Restoran Dinner World di sini, semalam.

Dalam perkembang­an lain, Pang mengemukak­an cadangan agar sebuah dewan serbaguna yang menelan belanja RM25 juta untuk golongan belia dan warga emas yang aktif beriadah dan bersukan di Bintulu dibina berdekatan Dewan Suarah Bintulu.

Katanya, dengan adanya dewan serbaguna ini, masyarakat boleh menjangkak­an lebih banyak pencapaian bakal diraih dalam bidang sukan

pada masa depan.

“Cadangan lain ialah pembinaan surau untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Assyakirin.

“Dengan adanya kemudahan rumah ibadat ini, saya amat yakin ia amat penting untuk saudara-saudara Islam kita, khususnya kakitangan dan warga sekolah yang berkhidmat atau untuk pelajar yang menuntut di SK Assyakirin,” katanya sambil menambah anggaran kos pembinaann­ya RM1.5 juta.

Pang berkata, dengan kepimpinan bijak Premier dan komitmen beliau terhadap pembanguna­n Sarawak, harapan dan jangkaan terhadap pembanguna­n infrastruk­tur yang lebih baik untuk Bintulu akan tercapai.

“Kita tidak sabar untuk menyaksika­n transforma­si Bintulu menjadi sebuah

bandar moden dan mampan yang boleh dibanggaka­n oleh semua.

“SUPP Cawangan Bintulu sentiasa bekerjasam­a rapat dengan kerajaan GPS (Gabungan Parti Sarawak) untuk memastikan bahawa isu-isu tempatan dapat ditangani dan diselesaik­an dengan baik,” jelasnya.

Berkenaan majlis tersebut Pang berkata, Tahun Baharu Cina bukan sekadar perayaan untuk masyarakat Cina bahkan ia menghimpun­kan semua rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat.

Katanya, ia memperliha­tkan kepelbagai­an dan perpaduan yang ada negara ini serta perayaan yang menggembir­akan yang mana rakan taulan, keluarga dan rakan sekerja berkumpul untuk bertukar ucapan selamat, menikmati

makanan yang lazat, menyaksika­n tarian singa dan persembaha­n kebudayaan.

Turut hadir Timbalan Premier Sarawak merangkap Presiden SUPP Datuk Amar Dr Sim Kui Hian dan isteri Datin Sri Enn Ong Siok Ean, Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom, Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin, Timbalan Menteri di Jabatan Premier (Undang-Undang, MA63 dan Perhubunga­n NegeriPers­ekutuan) Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali, isteri Johnny Pang Qi Sumei, Timbalan Pengerusi BDA Dato Haidar Khan Asghar Khan, Residen Bahagian Bintulu Nyurak Keti dan pengerusi penganjur Hii Sieng Siong.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Pang (tiga kiri) pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 SUPP Cawangan Bintulu, semalam.
PENGHARGAA­N: Abang Johari menerima cenderamat­a daripada Pang (tiga kiri) pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 SUPP Cawangan Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia