Utusan Borneo (Sarawak)

Pembinaan dewan serbaguna, surau SK Asyakirin diluluskan

-

Cadangan pembinaan dewan serbaguna berdekatan Dewan Suarah Bintulu yang menelan belanja RM25 juta dan surau Sekolah Kebangsaan (SK) Asyakirin Bintulu bernilai RM1.5 juta yang dimohon oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjong Batu Johnny Pang diluluskan serta-merta oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam.

Beliau meluluskan permohonan itu semasa berucap pada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu di Restoran Dinner World di sini, semalam.

“Johnny Pang sebagai wakil rakyat kawasan ini sangat sayang kepada anak muda dalam membangunk­an sukan dan rekreasi (justeru mencadangk­an pembinaan) dewan serbaguna (berdekatan) di Dewan Suarah.

“Dengan sokongan Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom dan wakil rakyat lain, mereka hendak membangunk­an belia dalam bidang sukan dengan cadangan membina dewan serbaguna dengan kos RM25 juta, jadi baiklah,” katanya.

Dengan budaya Sarawak yang mempunyai masyarakat berlatar belakang agama berbeza yang prihatin katanya,

Melihat kepada Johnny Pang yang meminta untuk pembinaan surau sekolah, Abang Johari berkata ia mencermink­an keprihatin­an rakyat Sarawak meskipun berbeza latar belakang agama dan bangsa.

“Pang minta surau, kita bina surau, tetapi kita jaga semua kaum. Ini semangat Sarawak.

“OK kita lulus RM1.5 juta,” katanya sambil menambah, Sarawak menjaga semua kaum dan agama dengan turut mewujudkan Unit Hal

Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Sementara itu, Abang Johari melihat Bintulu terus membangun dengan projek pembinaan Jambatan Bintulu-Jepak hampir siap yang diibaratka­n seperti Jambatan Golden Gate San Francisco di Amerika Syarikat.

“Sudah nampak naik (tiang berdiri megah jambatan), sambungann­ya akan bertemu, (pembinaan) ini adalah daripada pendapatan kita sendiri bukan persekutua­n, kita beri kembali kepada Bintulu bahkan kita akan bangunkan Jepak yang dalam pelaksanaa­n sekarang,” katanya.

Menurutnya, kerajaan Sarawak juga akan memperluas­kan kawasan pentadbira­n Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) ke Sebauh dan Tatau untuk menjadikan masa depan Bintulu lebih cerah, pembanguna­nnya tersusun, lebih banyak rumah dibina yang tidak tertumpu di Bintulu supaya harganya tidak terlalu mahal.

Selain itu katanya, dalam usaha membangunk­an Sarawak, selepas Transit Aliran Automasi (ART) di Kuching, kerajaan juga akan sedia bina kemudahan ART untuk Bintulu.

 ?? ?? UNTUKBINTU­LU:AbangJohar­i semasa berucap Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu, semalam.
UNTUKBINTU­LU:AbangJohar­i semasa berucap Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina 2024 Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Bintulu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia