Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Khidmat DUN Lingga adakan majlis jamuan pembuka tahun 2024

-

Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga menganjurk­an Majlis Jamuan Makan Malam Pembuka Tahun 2024 di sebuah restoran di sini, malam kelmarin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga Dayang Noorazah Awang Sohor ketika berucap ringkas pada majlis berkenaan berkata, majlis itu merupakan acara permulaan Pusat Khidmat DUN Lingga untuk tahun ini.

“Majlis ini adalah sebagai penghargaa­n kepada warga kerja pusat khidmat dan mereka yang banyak membantu pusat khidmat melaksanak­an pelbagai program untuk rakyat di kawasan DUN Lingga sepanjang tahun lalu,” ujarnya.

Selain itu katanya, majlis ini juga meraikan perpisahan Sarjan Fatimah Suni yang akan berpindah ke tempat bertugas yang baharu.

“Jutaan terima kasih diucapkan atas jasa anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman terutamany­a Sarjan Fatimah yang telah banyak bersama dengan saya

serta semua warga kerja pusat khidmat dari mula saya dilantik sebagai wakil rakyat Lingga sehingga kini.

“Saya serta warga kerja Pusat Khidmat DUN Lingga amat menghargai jasa dan sumbangan beliau bersamasam­a kita di Lingga ini.

“Saya mewakili semua warga kerja Pusat Khidmat DUN Lingga mendoakan agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipermudah­kan urusan serta selamat maju jaya di tempat bertugas yang baharu,” tambah Dayang Noorazah lagi.

Turut sama memeriahka­n majlis berkenaan ialah Ketua Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Cawangan Lingga Awang Najit Awang Sohor, Ketua Exco Wanita DUN Lingga Sapiah Drahman dan Temenggung Mohamad Shah Acang, Kaunselor Kunjang Nanang.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Dayang Noorazah (duduk empat kanan), Sapiah (duduk dua kiri), Mohamad Shah Acang (duduk kiri), Awang Najit Awang Sohor (duduk kanan), Kunjang (dua kanan) bersama Fatimah (duduk tiga kiri) serta warga kerja Pusat Khidmat DUN Lingga yang lain pada majlis berkenaan.
UNTUK ALBUM: Dayang Noorazah (duduk empat kanan), Sapiah (duduk dua kiri), Mohamad Shah Acang (duduk kiri), Awang Najit Awang Sohor (duduk kanan), Kunjang (dua kanan) bersama Fatimah (duduk tiga kiri) serta warga kerja Pusat Khidmat DUN Lingga yang lain pada majlis berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia