Utusan Borneo (Sarawak)

Kemas kini tindakan ketika berdepan kes jenayah, dadah

Warga PDRM termasuk di IPD Miri perlu sentiasa peka dengan perkembang­an yang berlaku di sekeliling mereka: Alexson

- Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah

MIRI: Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) hendaklah sentiasa mengemas kini tindakan dalam menghadapi situasi kejadian jenayah dan penyalahgu­naan dadah di daerah Miri.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri terutamany­a di bahagianba­hagian dan di balai-balai perlu sentiasa peka dengan apa yang berlaku di sekeliling mereka.

“Tingkatkan rondaan cegah jenayah di kawasankaw­asan yang sering berlakunya jenayah dan juga di tempat-tempat yang disyaki menjadi sarang penagih dadah.

“Tugas mencegah jenayah dan penagihan dadah bukanlah terletak di bahu cawangan yang berkenaan sahaja, malah merupakan peranan dan tanggungja­wab semua pegawai kanan, semua peringkat pegawai rendah polis, pegawai awam dan juga peranan orang awam secara keseluruha­nnya.

“Jadi saya menyeru kepada semua terutama orang awam, agar membantu dan sentiasa bekerjasam­a dengan pihak polis dalam mencegah kejadian jenayah di daerah ini,” katanya berucap pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan IPD Miri bagi bulan Februari di sini, semalam.

Dalam pada itu, Alexson turut mengingatk­an warga PDRM IPD Miri agar sentiasa meningkatk­an disiplin diri, patuhi peraturan kerja yang ditetapkan dan jangan terlibat dengan gejala yang boleh merosakkan seperti rasuah dan penyalahgu­naan kuasa.

“Perlu adanya pemantauan rapi dalam ketegasan

penyeliaan yang berkesan untuk mengecilka­n ruang dan peluang berlakunya perlanggar­an salah laku serta menangani persepsi negatif masyarakat terhadap PDRM.

“Semua pegawai kanan dan ketua serta penyelia perlu sentiasa bertindak dan memainkan peranan masingmasi­ng dalam menyelia anak buah masing-masing dengan lebih dekat lagi iaitu menegur dan mengambil tindakan jika perlu, supaya salah laku dan perlanggar­an disipin ini tidak terus dibiarkan atau berleluasa.

“Dengan ini, saya yakin PDRM IPD Miri mampu memenuhi ekspektasi masyarakat dan sentiasa berada di landasan yang betul dengan berpanduka­n kepada dua fokus utama Ketua Polis Negara iaitu perkhidmat­an bertunjang­kan integriti dan tatakelola yang baik dan mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahter­aan masyarakat,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditemui selepas majlis berkenaan, Alexson memberitah­u terdapat peningkata­n jumlah kes bagi kesalahan jenayah komersial, jenayah indeks dan kemalangan jalan raya bagi IPD Miri bagi tempoh Januari 2024 berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Jenayah komersial terdapat peningkata­n enam kes atau 22.22 peratus iaitu 33 kes pada Januari 2024 berbanding Januari 2023 yang mencatatka­n 27 kes.

“Jenayah indeks pula terdapat peningkata­n 24 kes atau 109 peratus iaitu 46 kes direkodkan pada Januari 2024 berbanding Januari 2023 sebanyak 22 kes.

“Manakala bagi kemalangan jalan raya pula terdapat peningkata­n 26 kes atau 8.7 peratus iaitu 324 kes pada Januari 2024 berbanding 298 kes direkodkan pada Januari 2023,” jelasnya.

Alexson berkata, kes jenayah narkotik pula dilihat terdapat penurunan sebanyak 16 kes atau 14.8 peratus iaitu 92 kes dicatatkan pada Januari 2024 berbanding 108 kes pada Januari 2023.

Manakala, tangkapan jenayah narkotik juga menurun kepada 30 tangkapan atau 23.8 peratus iaitu 96 tangkapan direkodkan pada Januari 2024 berbanding 126 tangkapan pada Januari 2023.

“Jadi saya menyeru kepada semua terutama orang awam, agar membantu dan sentiasa bekerjasam­a dengan pihak polis dalam mencegah kejadian jenayah ” di daerah ini. ACP Alexson Naga Chabu Ketua Polis Daerah Miri

 ?? ?? TAHNIAH: Alexson (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang anggota polis pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan IPD Miri bagi bulan Februari di Miri, semalam.
TAHNIAH: Alexson (dua kiri) menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang anggota polis pada Majlis Perhimpuna­n Bulanan IPD Miri bagi bulan Februari di Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia