Utusan Borneo (Sarawak)

Bangun rumah ibadat, gereja satu kerja kerohanian dan sebar kebaikan: Harden

-

Pembanguna­n sesebuah rumah ibadat atau gereja merupakan satu kerja kerohanian yang menyebar ajaran kebaikan untuk seluruh umat manusia.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, usaha tersebut patut disokong kerana ia memainkan peranan penting dalam membentuk sahsiah terpuji serta menghindar­kan diri dari perkara yang memudaratk­an masyarakat.

Menurutnya, setiap agama mempunyai ajaran serta fahaman masing-masing dan ia perlu dihormati oleh penganut setiap agama masing-masing.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika menerima kunjungan hormat daripada Pengurusan Gereja Borneo Evangelica­l Mission (BEM) Bahagian Sri Aman dan Betong di Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat ADUN Simanggang di sini, baru-baru ini.

Terdahulu, rombongan gereja berkenaan diketuai oleh Pastor Ajai Janggong membawa perkara memohon bantuan daripada ADUN Simanggang untuk membantu mereka mencari dan mendapatka­n sebuah tapak untuk tujuan mendirikan sebuah bangunan gereja BEM dan kediaman pastor di kawasan bandar Simanggang.

Dalam pada itu, rombongan gereja turut memberikan penerangan ringkas berkenaan dengan fungsi gereja BEM dalam membangunk­an insan berkualiti melalui pelayanan firman Tuhan yang mengangkat moral terpuji dan menghindar­kan kerosakan akhlak kerana pengaruh media sosial.

Harden turut menasihatk­an kepada jawatankua­sa gereja itu untuk mengadakan satu mesyuarat dan membawa perkara tersebut secara rasmi melalui minit mesyuarat.

Pada kesempatan itu, Harden telah meluluskan peruntukka­n MRP bagi tahun 2024 kepada Jawatankua­sa Pengurusan Gereja BEM Sri Aman dan Betong, Jawatankua­sa Pemuda Gereja dan Jawatankua­sa Wanita Gereja BEM masing-masing berjumlah RM2,000.

Turut sama dalam kunjungan hormat tersebut ialah barisan ahli Jawatankua­sa Gereja berkenaan yang terdiri daripada Wilson Lugoh, Stewart Jana Musa, Paine Anyie, Jack Pero Mingkil, Reuben Jon dan Chai Abok.

 ?? ?? UNTUK PEMBANGUNA­N GEREJA: Harden ketika menyampaik­an geran kerajaan kepada Pastor Ajai Janggong (empat kanan) sambil diperhatik­an oleh ahli jawatankua­sa gereja yang lain pada majlis tersebut.
UNTUK PEMBANGUNA­N GEREJA: Harden ketika menyampaik­an geran kerajaan kepada Pastor Ajai Janggong (empat kanan) sambil diperhatik­an oleh ahli jawatankua­sa gereja yang lain pada majlis tersebut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia