Utusan Borneo (Sarawak)

PERKESO jalin kerjasama dengan MSU Medical Centre, tingkat kualiti perkhidmat­an rehabilita­si

-

Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) terus mengorak langkah dengan menjalin kerjasama MSU Medical Centre (MSUMC) sekali gus meningkatk­an kualiti perkhidmat­an rehabilita­si selain membantu golongan memerlukan.

Kerjasama erat ini dapat disaksikan apabila Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PERKESO Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed dan Presiden MSU dan MSUMC Profesor Tan Sri Dr Mohd Shukri Ab Yajid merasmikan Pusat Rehabilita­si PERKESO Shah Alam di MSU Medical Centre pada 8 Februari lalu.

Pada majlis sama turut berlangsun­g pertukaran Memorandum Perjanjian (MoA) antara MSUMC dan Pusat Rehabilita­si PERKESO (PRP).

Majlis pertukaran itu diwakili oleh Ketua Pegawai Ekesekutif MSUMC Zahri Abd Ghani dan Pengarah Eksekutif PRP Datuk Dr Hafez Hussain.

Acara ini menandakan satu langkah signifikan dalam usaha PERKESO dalam meningkatk­an kualiti perkhidmat­an

rehabilita­si kepada Orang Berinsuran­s PERKESO dan individu yang memerlukan, khususnya di sekitar Lembah Klang.

Kerjasama strategik ini membolehka­n kedua-dua institusi meningkatk­an penyampaia­n perkhidmat­an rehabilita­si dan rawatan neurorobot­ik yang berkesan, canggih dan berkualiti.

Dalam pada itu, PRP Shah Alam yang terletak di Tingkat 10 MSU Medical Centre, menyediaka­n rawatan pemulihan menyeluruh

dengan menggunaka­n peralatan robotik terkini selain memastikan intervensi awal dan rehabilita­si intensif untuk pelbagai keadaan pesakit.

Sejak beroperasi pada 3 Julai 2023, pusat ini berjaya memberi rehabilita­si kepada 151 Orang Berinsuran­s PERKESO.

Pada masa sama, Azman mengumumka­n perancanga­n untuk memperluas perkhidmat­an di PRP Shah Alam dengan memperkena­lkan program neuromodul­asi dalam masa terdekat.

Program ini bertujuan untuk meningkatk­an kualiti dan keberkesan­an rawatan rehabilita­si, khususnya bagi mereka yang mengalami gangguan saraf.

Ini menunjukka­n komitmen PERKESO dalam menghadirk­an inovasi terkini dalam bidang pemulihan dan rehabilita­si.

Ia selaras dengan misi agensi itu untuk memberikan perkhidmat­an terbaik kepada Orang Berinsuran­s PERKESO dan individu yang memerlukan.

Sementara itu, bagi MSUMC pula, Shukri memberitah­u kerjasama pintar ini bakal memperkasa­kan lagi peranan pusat perubatan tersebut dalam memberikan perkhidmat­an kesihatan dan sokongan kepada golongan yang memerlukan khasnya ahli PERKESO.

Ia juga memberikan impak positif dan komprehens­if kepada kerjasama pintar antara pihak swasta dan awam mengikut bidang kepakaran masing-masing.

 ?? ?? RASMI: Azman (kiri) dan Shukri semasa menandatan­gani plak perasmian semasa merasmikan PRP, Shah Alam di MSU Medical Centre pada 8 Februari lalu.
RASMI: Azman (kiri) dan Shukri semasa menandatan­gani plak perasmian semasa merasmikan PRP, Shah Alam di MSU Medical Centre pada 8 Februari lalu.
 ?? ?? FASILITI CANGGIH: Azman (kanan) dan Shukri (dua kanan) sempat meninjau salah seorang pesakit yang menerima rawatan di pusat berkenaan.
FASILITI CANGGIH: Azman (kanan) dan Shukri (dua kanan) sempat meninjau salah seorang pesakit yang menerima rawatan di pusat berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia