Utusan Borneo (Sarawak)

300 pegawai negeri, persekutua­n di Sri Aman tandatanga­n Ikrar Bebas Rasuah

-

Seramai 300 peserta yang terdiri daripada pegawai kerajaan negeri dan persekutua­n di Sri Aman menandatan­gani Ikrar Bebas Rasuah menerusi Program Hari Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Pentadbira­n Bahagian Sri Aman Tahun 2024 di Dewan Suarah di sini, kelmarin.

Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, program tersebut membuktika­n kesungguha­n dan komitmen pihak pentadbira­n Bahagian Sri Aman dalam usaha mencegah dan memerangi rasuah.

Menurutnya, secara umumnya untuk mengetahui usahausaha pemerkasaa­n integriti dan pencegahan rasuah bukan sahaja perlu dilaksanak­an tetapi harus juga dilihat pelaksanan­annya.

Beliau menambah, setiap individu dan sektor masyarakat juga harus bersama dalam usaha memerangi gejala rasuah demi membina sebuah masyarakat yang bersih, adil dan berintegri­ti.

“Sejak kebelakang­an ini, negara digemparka­n dengan kes-kes rasuah dan pecah amanah yang berlaku dalam kalangan segelintir kepimpinan negara.

“Isu rasuah, pecah amanah, khianat, tidak bertanggun­gjawab, tidak tepati waktu dan lain-lain lagi seolah-olah telah dinormalis­asikan oleh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Malah perkara ini jelasnya, sudah menjadi kebiasaan dari peringkat kepimpinan negara sehinggala­h kepada golongan muda yang bakal menjadi masa depan negara.

“Sekiranya perkara ini terus dinormalis­asikan di dalam masyakarat, maka ia akan meruntuhka­n seluruh struktur kepercayaa­n dan kesetiaan terhadap negara, dan ini mengganggu gugat prinsip Rukun Negara yang dipegang selama ini.

“Rasuah dan penyalahgu­naan kuasa bukan sahaja membahayak­an asas moral masyarakat kita, tetapi juga merosakkan struktur sosial dan ekonomi negara,” ujar beliau.

Olehitubel­iaumenjela­skan, adalah menjadi kewajipan bersama sebagai rakyat Malaysia untuk memberi tindak balas yang berkesan dan tegas terhadap amalan-amalan yang merosakkan ini.

Hadir sama Timbalan Residen Bahagian Sri Aman Elvis Didit.

 ?? ?? LAFAZ IKRAR: Abang Mohamad Porkan (tengah) mengetuai bacaan ikrar pada Program Hari Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Pentadbira­n Bahagian Sri Aman Tahun 2024, kelmarin.
LAFAZ IKRAR: Abang Mohamad Porkan (tengah) mengetuai bacaan ikrar pada Program Hari Integriti dan Ikrar Bebas Rasuah Peringkat Pentadbira­n Bahagian Sri Aman Tahun 2024, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia