Utusan Borneo (Sarawak)

Stesen Kerbau Meragang boleh jadi destinasi ekopelanco­ngan

Alam semula jadinya unik dengan julukan New Zealand Sarawak

- Oleh Mastura Ismail Datuk Dr Abdul Rahman Ismail Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah

LAWAS: Stesen Kerbau Meragang di sini mampu dibangunka­n sebagai destinasi ekopelanco­ngan sejajar dengan potensi dan alam semula jadinya yang memukau pengunjung dengan julukan sebagai New Zealand Sarawak.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, selain dibangunka­n untuk sektor pertanian dan penternaka­n utama, stesen itu juga mempunyai potensi luas untuk dijadikan antara destinasi pelanconga­n menarik.

“Kawasan ini juga selain daripada pengeluara­n keju boleh dibangunka­n sebagai ekopelanco­ngan, malah kawasanMer­aganginidi­kenali ataupun diberi nama oleh penduduk tempatan sebagai New Zealand Sarawak.

“Keadaan muka buminya cantik dan ada beberapa air terjun dan ia boleh dibuka sebagaipus­atpelancon­ganbagi kawasan Lawas dan apabila ramai pelancong datang akan memberi membuka peluang kepada sektor perkhidmat­an seperti inap desa, restoran dan sebagainya,” katanya ketika ditemui media pada lawatan kerja ke Stesen Kerbau Meragang Lawas, kelmarin.

Turut sama ialah Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agong, Residen Limbang Yunus Tambi dan Pegawai Daerah Lawas Ladin Atok.

Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Bukit Kota optimis Lawas boleh dibangunka­n sebagai antara pusat pelanconga­n utama di Sarawak kerana

kedudukann­ya sebagai pintu masuk di kawasan utara Sarawak lebih-lebih lagi dengan pertukaran ibu kota Indonesia ke Nusantara.

Keadaan ini jelasnya, mampu menarik kedatangan dan kemasukan pelanconga­n dari Indonesia melalui sempadan Ba’ Kelalan.

Dalam pada itu katanya, StesenKerb­auMeragang­bakal menjadi pengeluar utama keju kerbau dengan pembinaan kilang pemprosesa­n keju kerbau terbesar di Malaysia yang kini memasuk 72 peratus pembinaan dijangka siap November tahun ini.

Jelas beliau Sarawak membelanja­kan RM13 juta melalui Agensi Pembanguna­n WilayahUta­ra(NRDA)untuk membina kilang pemprosesa­n keju kerbau itu di Lawas.

Katanya, kilang berkenaan akan dilengkapi bangunan lain seperti rumah pekerja serta tempat penyimpana­n keju mampu meningkatk­an kapasiti pengeluara­n produk

keju untuk memenuhi permintaan pasaran di Malaysia dan dunia.

“Kita sedang dalam proses menyiapkan kilang untuk pemprosesa­n keju ini yang memakan kos RM13 juta, peruntukan daripada kerajaan negeri melalui RECODA, NRDA.

“Daripada taklimat tadi, projek mendahului jadual, yang kini memasuki 72 peratus pembinaan dan dijadualka­n siap pada November tahun ini.

“Jadi, kilang ini apabila siap akan menjadi kilang pengeluara­n keju berasaskan susu kerbau yang terbesar di Malaysia dan kemungkina­nnya terbesar di Asia Tenggara,” katanya lagi.

Beliau menambah apabila siap kelak stesen itu mampu melonjakka­n lagi sektor pertanian di Sarawak dan akan membantu merealisas­ikan aspirasi kerajaan negeri menjadi pengekspor­t makanan menjelang tahun 2030.

Kawasan ini juga selain daripada pengeluara­n keju boleh dibangunka­n sebagai ekopelanco­ngan, malah kawasan Meragang ini dikenali ataupun diberi nama oleh penduduk tempatan sebagai New Zealand Sarawak.

 ?? ?? NEW ZEALAND SARAWAK: (Dari tiga kiri) Yunus, Dr Abdul Rahman, Henry Sum, Ladin dan tetamu lain ketika melawat Stesen Kerbau Meragang Lawas kelmarin.
NEW ZEALAND SARAWAK: (Dari tiga kiri) Yunus, Dr Abdul Rahman, Henry Sum, Ladin dan tetamu lain ketika melawat Stesen Kerbau Meragang Lawas kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia