Utusan Borneo (Sarawak)

Pengetahua­n asas keselamata­n diri perlu diterapkan: Bomba

-

Terdapat pelbagai aspek keselamata­n diri yang perlu diterapkan, khususnya dalam kalangan masyarakat yang gemar mandi-manda di sungai, tasik, laut dan kolam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Mahmudin Narudin berkata, pengetahua­n asas dalam teknik menyelamat amat penting terutama bila berhadapan dengan situasi kecemasan agar mangsa dapat diselamatk­an.

“Ilmu pengetahua­n itu merangkumi bagaimana menyelamat diri dan mangsa yang lemas apabila berada di kawasan berair dengan mengetahui serba sedikit berkaitan dengan jenis air, peralatan yang boleh digunakan, teknik menyelamat serta ilmu kefahaman keselamata­n lain.

“Faedah pembelajar­an dan pengetahua­n seumpama ini amat penting dalam usaha kita bertukar-tukar pendapat dan teknik yang bernas untuk manfaat bersama,” katanya.

Beliau berkata demikian pada program ceramah dan taklimat ringkas kesedaran keselamata­n lokasi tumpuan orang awam iaitu di sungai dan tempat berkelah semasa cuti sekolah di Home Stay Puyan Gun, Selalang dekat sini kelmarin.

Dalam program ini juga, Mahmudin turut menasihatk­an ibu bapa dan ahli-ahli keluarga yang turut sama beriadah di sesebuah kawasan agar sentiasa memantau situasi semasa dan lokasi anak-anak mereka berada.

Katanya, langkah ini amat penting bagi memastikan anak-anak mereka tidak berada di lokasi berisiko bahaya.

“Pemantauan ini juga amat penting terutamany­a di kawasan yang kerap dilanda fenomena kepala air kerana situasi ini boleh berlaku bilabila masa dengan pantas.

“Jika kita peka dengan keberadaan anak-anak dan ahli keluarga kita, usaha untuk memberitah­u bahaya dan langkah pantas untuk menyelamat­kan mereka boleh dilakukan dengan segera tanpa membuang masa,” jelas Mahmudin lagi.

 ?? ?? UTAMAKAN KESELAMATA­N: Mahmudin menyampaik­an taklimat ringkas kesedaran keselamata­n di Home Stay Puyan Gun, Selalang kelmarin.
UTAMAKAN KESELAMATA­N: Mahmudin menyampaik­an taklimat ringkas kesedaran keselamata­n di Home Stay Puyan Gun, Selalang kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia