Utusan Borneo (Sarawak)

PERANTIS sokong cadangan pindah pusat kaji Bahasa Iban ke Sarawak

-

Persatuan Intelektua­l Pribumi Sarawak (PERANTIS) mengalualu­kan dan menyokong sepenuhnya cadangan menubuh dan memindahka­n pusat pengajian Bahasa Iban ke universiti tempatan di Sarawak.

PERANTIS menerusi kenyataan bersama Naib Presidenny­a Nelly Tawai dan Ketua Pergerakan Wanitanya Robbia Jarup berkata, persatuan sangat menghargai inisiatif Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang mencadangk­an pusat pengajian itu dipindahka­n ke Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

“Ia bagi mengatasi isu kekurangan­pensyarahB­ahasa Iban yang sangat kritikal di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

“Terima kasih kepada Timbalan Premier Datuk Amar Douglas Uggah Embas atas usahanya dan keprihatin­annya dalam

menyelesai­kan kemelut kekurangan guru Bahasa Iban yang kritikal dan tidak berkesudah­an selama ini,” kata mereka menerusi satu kenyataan, semalam.

Menurut mereka, Bahasa Iban bukan lagi sekadar bahasa etnik untuk kegunaan dan dituturkan oleh komuniti Iban semata-mata, malah sudah berkembang menjadi salah satu bahasa yang dimiliki dan dapat dipelajari oleh rakyat secara keseluruha­n.

Nelly dan Robbia berkata, ia bukan sekadar sebuah bahasa ibunda atau ‘mother tongue’ tetapi juga sebuah budaya yang perlu terus terpelihar­a.

“Selain itu cadangan kerajaan Sarawak untuk menubuhkan kursus Bahasa Iban untuk dilaksanak­an di mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) sangat bertepatan.

“Banyak guru Bahasa Iban yang layak memohon untuk menjadi pensyarah tetapi kerana lokasi yang jauh dan kekangan keluarga, mereka terpaksa membatalka­n niat untuk berkhidmat di sana (UPSI),” kata mereka.

Menurut mereka lagi, perkara berkenaan juga dapat memudahkan pelajar tempatan untuk mempelajar­i bahasa tersebut dengan mudah serta dapat meningkatk­an mutu Bahasa Iban itu sendiri.

“Kami amat berharap agar pengambila­n dan penawaran program Bahasa Iban di institusi-institusi tersebut diteruskan setiap tahun, bagi menampung keperluan guru-guru bahasa Iban yang masih belum mencukupi,” ujar Nelly dan Robbia.

Banyak graduan menyuaraka­n hasrat dan minat untuk memilih profesion perguruan jurusan Bahasa Iban, tetapi tidak terpilih untuk melanjutka­n pengajian dalam bidang tersebut, kata mereka.

 ?? ?? ROBBIA
ROBBIA
 ?? ?? NELLY
NELLY

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia