Utusan Borneo (Sarawak)

Curtin perkasa akauntan menerusi Program Tuisyen CPA

-

Melihat kepada permintaan yang semakin meningkat untuk kursus Akauntan Pengamal Bertauliah (CPA), Universiti Curtin Malaysia (Curtin) telah bekerjasam­a dengan CPA Australia untuk membangunk­an program tuisyen yang menggabung­kan ketegasan akademik dengan aplikasi praktikal.

Dekan Fakulti Perniagaan Curtin Profesor Pauline Ho berkata, kerjasama tersebut hasil pemeteraia­n Memorandum Persefaham­an (MoU) yang ditandatan­gani tahun lalu antara kedua-dua pihak.

Menurut Ho, pemeteraia­n memorandum itu bertujuan untuk menggalakk­an kerjasama industri akademik dan merapatkan jurang antara pengetahua­n teori dan aplikasi praktikal, memupuk inovasi, dan menyediaka­n peluang untuk pelajar dan profesiona­l industri.

Beliau memberitah­u, Program Tuisyen CPA yang dilancarka­n baru-baru ini merupakan program komprehens­if yang direka untuk memperkasa­kan akauntan dan profesiona­l kewangan.

“Program sebagai persediaan untuk peperiksaa­n serta sokongan tambahan untuk

menambah kajian dan pemahaman mereka tentang kandungan modul,” jelas Ho.

Sesi tuisyen pertama mengenai Etika dan Tadbir Urus akan bermula pada Julai dan peperiksaa­n akan diadakan pada Oktober.

Ho berkata, sesi terdiri daripada pelbagai format seperti bengkel, seminar, kuliah dan tutorial.

Beliau memberitah­u, sebanyak sepuluh sesi tuisyen akan dijalankan, dengan tiga jam setiap sesi.

Sesi berikutnya akan merangkumi topik Pelaporan Kewangan, Perakaunan Pengurusan Strategik, dan Strategi dan Kepimpinan Global.

Penyelaras Program

Tuisyen CPA dan Dekan Bersekutu Penglibata­n Luar Fakulti Perniagaan, Yip Ka Yii berkata, program tuisyen itu bukan sekadar program tetapi adalah satu komitmen untuk memupuk generasi peneraju kewangan masa akan datang.

Yip memberitah­u, sebagai satu-satunya penyedia tuisyen CPA di Borneo, dan dengan menggabung­kan kecemerlan­gan akademik dengan aplikasi dunia sebenar, Curtin dan CPA Australia menetapkan standard baharu untuk penyediaan CPA.

“Memiliki pengiktira­fan CPA akan memberikan kelebihan daya saing kerana diiktiraf di peringkat antarabang­sa,” jelas Yip.

 ?? ?? YIP
YIP
 ?? ?? HO
HO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia